Monday, March 18

DRAMA: An Oriental Odyssey

Assalamualaikum semua :)

Disebabkan nia baru sahaja selesai marathon drama Taiwan ‘An Oriental Odyssey’ yang mempunyai sebanyak 50 episod, jadi nia nak kongsikan terus review drama tersebut dengan kau orang. Senang sikit nak menulis review kalau baru lepas tengok drama ni, ada banyak benda yang masih kita ingat. Kang peram review lama – lama, payah nak ingatkan semula apa babak yang sedap dan apa babak yang kurang menyeronokkan.



*        *        *        *        *        *

An Oriental Odyssey mengisahkan tentang empat orang individu.

Ye Yuan An, seorang gadis daripada keluarga berada yang sangat suka menyelesaikan kes – kes misteri.

Zhao Lan Zhi, seorang pemuda yang bekerja sebagai pegawai polis istana dan sangat berpegang pada bahan bukti.

Ming Hui, seorang puteri yang bekerja sebagai penyiasat bagi Maharani Dinasti Tang untuk mendapatkan semula artifak negara yang telah hilang sekian lamanya dahulu.

Mu Le, seorang hamba lelaki yang telah kehilangan semua ingatan dan diselamatkan oleh Yuan An dekat Pasar Gelap.

Secara jujurnya, nia mula – mula berminat nak tengok drama ni sebab heroin dia iaitu Venice Wu ataupun turut dikenali sebagai Wu Qian. Nia dah pernah tengok lakonan dia sebelum ini dalam drama My Amazing Boyfriend dan sesungguhnya nia telah jatuh cinta dengan lakonan dia.

Nia bahagikan drama ni kepada dua bahagian iaitu Kembara Dinasti Tang dan Kembara Kerajaan Suolou.

Semasa Kembara Dinasti Tang, Yuan An pertama kali berjumpa dengan Mu Le ketika dia sedang menahan kelaparan di pekan. Disebabkan kesian dengan Mu Le, Yuan An bagi sebiji pau panas padanya tapi tak sempat Mu Le nak ambil pau tu tuan dia dah datang dan mula memukul Mu Le sebab dia berehat dan tidak membuat kerja.

Disebabkan tidak suka dengan tindakan tuan Mu Le, Yuan An membela nasib Mu Le dengan meminta tuannya untuk menunjukkan bukti pembelian hamba tetapi dia tak mahu dan telah membuat kecoh sehingga menyebabkan kuda milik Yuan An lari. Ketika mahu menenangkan kudanya, Yuan An telah terpelanting daripada belakang dan diselamatkan oleh Zhao Lan Zhi dan juga Mu Le.

Sejak dari hari itu, mereka bertiga sering bersama untuk menyelesaikan kes – kes misteri yang terjadi.

Untuk Kembara Kerajaan Suolou pula, ingatan Mu Le yang hilang sebelum ini telah kembali pulih sepenuhnya tetapi segala memori yang dia cipta semasa berada di Dinasti Tang telah terpadam.

Disebabkan Mu Le telah mengambil artifak negara dan menyebabkan keluarga Yuan An dipenjara, Yuan An telah bertekad mahu mendapatkan kembali artifak itu dan membawa Mu Le kembali ke Dinasti Tang. Apa yang Yuan An tidak tahu adalah Mu Le sebenarnya seorang putera raja untuk Kerajaan Suolou!

Yuan An turut dibantu oleh Zhao Lan Zhi, Monk Tian dan juga Ming Hui dalam misi mendapatkan kembali artifak yang telah diambil oleh Mu Le.

*        *        *        *        *        *


Jadi, sedap ke tidak sebenarnya drama yang mempunyai 50 episod ni? Berbaloi ke menghabiskan masa yang banyak untuk marathon drama ni?

Pada pendapat nia, jalan cerita drama ni sangat menarik dan juga mudah untuk difahami pada bahagian Kembara Dinasti Tang. Cerita pun elok sahaja dikembangkan secara perlahan – lahan melalui pelbagai kes misteri dan juga hubungan antara Yuan An – Lan Zhi serta Yuan An – Mu Le.

Yang paling nia suka ialah babak yang melibat Monk Tian iaitu guru kepada Yuan An. Setiap kali dia muncul, mesti akan ada babak lawak. Kiranya Monk Tian tu adalah comedic relieve lah.

TAPIIIIIIIII

Lain ceritanya dengan Kembara Kerajaan Suolou. Disebabkan terlalu banyak sangat menggunakan elemen time travel, jadi jalan cerita untuk bahagian ni agak sukar untuk difahami walaupun berjaya menarik perhatian penonton.

Sekejap rewind, sekejap fast forward. Boleh jadi pening kepala nak fahamkan jalan cerita dia. Nia sendiri lost bila dah masuk pertengahan cerita bahagian Kembara Kerajaan Suolou.
Secara keseluruhannya, drama ni sangat menarik sekiranya kau orang peminat cerita yang bergenre fantasy history.

Siapa dah tengok drama ni? Jom komen kat bawah!

:)

Rating: 4 / 5
Episod: 50
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.