Assalamualaikum
semua :)
Bak
kata pepatah, membaca itu jambatan ilmu. Jadi sebagai ibu bapa memang sudah
menjadi tanggungjawab kita semua untuk menerapkan elemen membaca sebagai salah
satu hobi yang bermanfaat dalam diri anak – anak.
Antara
cara untuk menerapkan elemen rajin membaca dalam diri anak – anak ialah dengan
menjadikan diri kita – ibu bapa, sebagai contoh yang terbaik kepada anak –
anak. Bila ada sahaja masa yang terluang, pastikan kita isi masa lapang itu
dengan membaca. Tak kiralah apa jenis bahan bacaan sekalipun, janji kita
membaca.
Kanak
– kanak ni belajar dengan meniru. Segala apa yang dilakukan oleh orang
sekeliling mahupun perkataan yang diungkapkan pasti akan ditiru oleh mereka.
Jadi, cara yang paling efektif adalah ibu bapa sendiri perlu tunjukkan contoh
yang terbaik untuk mereka. Baca buku depan mereka ataupun baca bersama mereka
setiap kali ada masa senggang, InsyaAllah, mereka akan tiru perbuatan kita itu.
Jadi,
persoalan yang selalu nia terima sebagai guru tadika ialah ANAK LAMBAT MEMBACA,
NORMAL KE ABNORMAL?
Anak
lambat membaca itu adalah satu perkara yang normal.
Setiap
anak itu potensinya berbeza. Setiap diantara mereka juga mempunyai kelebihan
dan kekurangan masing – masing.
Ada
yang cepat membaca dan ada juga yang lambat membaca. Ibu bapa kena faham juga
satu perkara lagi. Kadang tu, ada anak yang cepat membaca tapi agak lambat
mengira. Ada pulak anak yang lambat membaca tapi mengira sangat laju dan
tangkas.
Itu
semua bergantung kepada potensi masing – masing dan juga minat mereka. Tak
semua budak suka membaca dan tak semua kanak – kanak suka mengira. Jadi, minat
mereka juga memainkan satu peranan yang penting.
Jadi
bila anak kita lambat membaca, jangan terlalu tertekan dan risau. Buat sahaja
pengulangan membaca di rumah seminit dua dan kena berterusan setiap hari. Buat
pengulangan mesti secara santai dan jangan paksa anak – anak membaca sekiranya
mereka tak mahu membaca.
Dan ingat.
Kena
selalu baca buku depan mereka. Sekiranya ada masa terluang, boleh bacakan buku
untuk mereka. Ini boleh menanam minat membaca dalam diri mereka. Bila minat dah
ada, mudah sikit mahu melatih mereka membaca.
Yang
penting sekali, jangan paksa mereka membaca!
Kita
yang dewasa ini pun benci dengan orang yang suka memaksa kita buat sesuatu. Kadang
– kadang tu boleh jadi bermasam muka dan menghempas barangan disebabkan orang
memaksa kita buat sesuatu. Betul tak?
Mereka
yang kecil pun begitu juga. Tak suka apabila dipaksa – paksa membuat sesuatu.
Kalau mereka lambat membaca sekalipun, jangan paksa suruh baca buku. Takut
nanti mereka trauma bila diajak untuk membaca di kemudian hari.
Jadi
apa yang ibu bapa boleh buat untuk anak – anak mereka yang lambat membaca ni?
Usahakan
untuk selalu buat pengulangan membaca di rumah sekurang – kurangnya lima minit.
Kalau anak tu jenis cepat bosan, pecahkan lima minit jadi satu minit ataupun
tiga puluh saat. Ketika mereka sedang bermain pun boleh diajak membaca sekejap.
Dengan syarat, mereka sendiri yang nak baca dan bukan kita paksa.
Nia
harap perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu bapa diluar sana. Anak kau
orang boleh membaca pada usia berapa tahun? Jom kongsi di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)