Monday, March 25

FAMILY: Di Sebalik Nama Maryam

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan berita gembira tentang kelahiran anak buah nia bernama Maryam yang dilahirkan pada bulan November, 2018. Kalau ada yang terlepas cerita tu, kau orang boleh klik link yang telah nia sediakan siap – siap untuk kau orang kat bawah ni.


Sejurus selepas kelahiran Maryam, kita orang sekeluarga pergi melawat Along yang ditempatkan di wad bersalin. Masa tengah duduk berborak – borak dengan Along, abah tanya samada dia dah cadangan nama untuk anak dia yang baru lahir tu ataupun belum. Dia cakap dah ada dah iaitu Maryam.

Dalam perjalanan balik ke rumah tu, abah dok sibuk fikirkan nama tambahan untuk digandingkan dengan nama Maryam. Dalam pada tengah memikir tu, abah cakap abah berkenan dengan nama Maryam Jameela sebab Jameela maksudnya cantik. Tapi nia tak setuju sebab takut nanti orang pendekkan nama Jameela tu jadi Milah.

Tipikal orang Malaysia.

Nama dah panjang – panjang dan maksud pun sedap tapi dipendekkannya. Maryam jadi Yam, Jameela jadi Milah, Qistina jadi Qis, Hidayah jadi Dayah.

All of us can relate to that situation, right?

Jadi nia tak setuju nak letakkan nama Maryam Jameela tu. Tapi abah memang berkenan sungguh dengan nama tu, selalu dok asyik sebut Maryam Jameela, Maryam Jameela. Disebabkan abah berkenan dengan nama tu, nia pun sajalah nak cari kat google kot ada tokoh – tokoh dulu yang mempunyai nama Maryam Jameela.

Sekali jumpa.

Maryam Jameela tu merupakan nama tokoh islam daripada Barat yang juga merupakan seorang penulis buku – buku islamik terkenal. Bila nia bagitahu abah pasal Maryam Jameela tu, abah terus cakap, ‘okey, jadilah nak letak nama tu!’

HAHAHAHA

Nampak tak keterujaan Atuk Malek di situ?

Disebabkan nia masih lagi tak setuju nak letak nama Jameela, nia cari pulak nama lain untuk digandingkan bersama dengan nama Maryam. Antara nama gandingan yang nia jumpa ialah:

Maryam Hana

Maryam Khadijah

Maryam Safiyyah

Maryam Haura

Maryam Sarfina

Nia cadangkan nama Maryam Haura dekat abah. Walaupun abah cakap nama tu sedap dan sesuai tapi Maryam Haura masih tak dapat nak mengalahkan Maryam Jameela. Ai sho shed!

HAHAHAHA

Tapi akhirnya, Along letakkan nama anak dia Maryam sahaja sebab masa kita orang bagi cadangan tambahan nama tu dia dah pun selamat isi borang pendaftaran kelahiran anak dia. Chait, potong mood betul!

Abah be like, ‘yelah, kita teruja sangat nak pilihkan nama buat apa? Bukannya anak sendiri.’
Takpelah abah. Anak angah nanti angah letak nama dia Maryam Jameela, insyaAllah, jika diberikan rezeki oleh ALLAH.

Kisah nama anak / anak buah kau orang pulak macam mana? Jom kongsikan dekat ruangan komen!

:)


1 comment:

  1. Nama anak saya skrg Haura Maryam. Usia anak saya dah 1 tahun 3 bulan.. tengah cari nama anak kedua jumpa post sis ni ♥️

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.