Assalamualaikum
semua :)
Kau
orang semua nak tahu satu cerita kelakar tak? Setelah 25 tahun hidup atas muka
bumi ni, baru semalam nia dapat tahu maksud sebenar YOLO.
Y –
You
O –
Only
L –
Live
O –
Once
Selama
ni bila nia dengan orang dok sebut YOLO, YOLO tu dia orang maksudkan telur tapi
dalam dialek Negeri Sembilan. HAHA Apa punya noob lah seketul nia emkay niiiiiii! *facepalm*
Ada
sesiapa lagi yang baru tahu maksud YOLO? Baik kau orang mengaku sekarang,
jangan biarkan nia seorang – seorang malu kat sini. KEKEKE
Nia
dapat tahu maksud YOLO daripada sebuah drama korea yang baru sahaja nia tonton
hari tu. Drama yang nia maksudkan ialah Because This is My First Life.
* * *
* * *
* * *
Yoon
Ji Ho adalah seorang gadis yang mempunyai cita – cita untuk menjadi seorang
penulis skrip yang berjaya dan terkenal. Walaupun sudah lima tahun menjadi
pembantu penulis skrip, Ji Ho masih lagi tidak dapat mengecapi cita – citanya
untuk menjadi seorang penulis skrip.
Nam
Se Hee pula seorang pemuda yang berkerja sebagai salah seorang pembuat
permainan digital di sebuah syarikat IT. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra
dan selalu membuat permintaan – permintaan pelik, dia tidak mempunyai ramai
kawan. Malahan, rakan sekerja Se Hee turut berasa tidak selesa untuk berada
berhampiran dengan lelaki itu.
Yoon
Ji Ho dan Nam Se Hee mempunyai dua karakter dan personaliti yang jauh berbeza
antara satu sama lain. Kemungkinan untuk mereka berdua bertembung di jalan juga
sangat tipis. Tetapi disebabkan keadaan yang mendesak, mereka berdua telah
bertemu dan akhirnya duduk serumah!
* * *
* * *
* * *
Permulaan
drama ni agak mendatar dan tak begitu menarik perhatian nia. Nia hampir –
hampir sahaja tidak jadi mahu menonton drama ni sehingga habis selepas selesai
tengok episod yang ketiga.
Kebiasaannya
bila dah masuk episod ketiga tu, jalan cerita dah mula menarik sebab dah ada konflik
yang ditimbulkan oleh penulis skrip. Tapi untuk drama ni, terasa macam lambat
sangat masalah dia timbul. Disebabkan abah nia yang bagi cadangan untuk tengok
drama ni, jadi nia teruskan juga menonton drama ni sampai ke episod akhirnya.
Untuk
pengetahuan kau orang, drama ini diceritakan pada tiga pandangan yang berbeza
iaitu Yoon Ji Ho – Nam Se Hee, Ho Rang – Won Seok dan juga Soo Ji – Sang Goo.
Walaupun perkembangan cerita dan juga konflik yang ditimbulkan dalam drama ni
agak lambat tetapi itu tak bermakna drama ini langsung tidak menarik.
Drama
ini, pada pendapat nia, sangat menyentuh hati dan banyak memberikan gambaran
tentang kehidupan seharian dan masalah yang biasanya kita sebagai orang biasa
lalui dalam hidup masing – masing.
Contohnya,
Ji Ho yang nak jadi penulis skrip tetapi walaupun dah lima tahun menjadi
pembantu penulis skrip, dia masih lagi tak boleh jadi penulis skrip. Akhirnya
dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi penulis skrip dan bekerja separuh
masa di kafe berdekatan rumahnya.
Untuk
Ho Rang pula, dia dah bercinta dengan Won Seok selama tujuh tahun dan nak
sangat berkahwin dengan teman lelaki dia tu tapi Won Seok tidak mempunyai
kewangan yang stabil serta pekerjaan yang betul – betul boleh menjamin masa
depannya.
Soo
Ji antara yang paling berjaya di kalangan mereka bertiga tetapi dia masih lagi
bekerja makan gaji dan terpaksa menahan perasaan apabila diganggu secara
seksual oleh rakan – rakan sekerjanya yang lelaki.
Kalau
kau orang jenis suka tengok drama yang perkembangan cerita dia lambat, nia
cadangkan kau orang tengok cerita ni.
Kalau
kau orang jenis suka tengok drama yang ada banyak masalah dan konflik yang
ditimbulkan, ini bukan drama yang sesuai untuk kau orang.
Takut
nanti kau orang pun berperasaan macam nia. Lepas tengok tiga episod, terus dah
tak ada mood nak sambung tengok drama
ni sampai ke penghujung.
:)
Jumlah
Episod: 16
Rating:
3 / 5
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)