Friday, June 28

DRAMA: Because This is My First Life

Assalamualaikum semua :)

Kau orang semua nak tahu satu cerita kelakar tak? Setelah 25 tahun hidup atas muka bumi ni, baru semalam nia dapat tahu maksud sebenar YOLO.

Y – You
O – Only
L – Live
O – Once

Selama ni bila nia dengan orang dok sebut YOLO, YOLO tu dia orang maksudkan telur tapi dalam dialek Negeri Sembilan. HAHA Apa punya noob lah seketul nia emkay niiiiiii! *facepalm*

Ada sesiapa lagi yang baru tahu maksud YOLO? Baik kau orang mengaku sekarang, jangan biarkan nia seorang – seorang malu kat sini. KEKEKE

Nia dapat tahu maksud YOLO daripada sebuah drama korea yang baru sahaja nia tonton hari tu. Drama yang nia maksudkan ialah Because This is My First Life.

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Yoon Ji Ho adalah seorang gadis yang mempunyai cita – cita untuk menjadi seorang penulis skrip yang berjaya dan terkenal. Walaupun sudah lima tahun menjadi pembantu penulis skrip, Ji Ho masih lagi tidak dapat mengecapi cita – citanya untuk menjadi seorang penulis skrip.

Nam Se Hee pula seorang pemuda yang berkerja sebagai salah seorang pembuat permainan digital di sebuah syarikat IT. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra dan selalu membuat permintaan – permintaan pelik, dia tidak mempunyai ramai kawan. Malahan, rakan sekerja Se Hee turut berasa tidak selesa untuk berada berhampiran dengan lelaki itu.

Yoon Ji Ho dan Nam Se Hee mempunyai dua karakter dan personaliti yang jauh berbeza antara satu sama lain. Kemungkinan untuk mereka berdua bertembung di jalan juga sangat tipis. Tetapi disebabkan keadaan yang mendesak, mereka berdua telah bertemu dan akhirnya duduk serumah!

*     *     *     *     *     *     *     *     *


Permulaan drama ni agak mendatar dan tak begitu menarik perhatian nia. Nia hampir – hampir sahaja tidak jadi mahu menonton drama ni sehingga habis selepas selesai tengok episod yang ketiga.

Kebiasaannya bila dah masuk episod ketiga tu, jalan cerita dah mula menarik sebab dah ada konflik yang ditimbulkan oleh penulis skrip. Tapi untuk drama ni, terasa macam lambat sangat masalah dia timbul. Disebabkan abah nia yang bagi cadangan untuk tengok drama ni, jadi nia teruskan juga menonton drama ni sampai ke episod akhirnya.

Untuk pengetahuan kau orang, drama ini diceritakan pada tiga pandangan yang berbeza iaitu Yoon Ji Ho – Nam Se Hee, Ho Rang – Won Seok dan juga Soo Ji – Sang Goo. Walaupun perkembangan cerita dan juga konflik yang ditimbulkan dalam drama ni agak lambat tetapi itu tak bermakna drama ini langsung tidak menarik.

Drama ini, pada pendapat nia, sangat menyentuh hati dan banyak memberikan gambaran tentang kehidupan seharian dan masalah yang biasanya kita sebagai orang biasa lalui dalam hidup masing – masing.

Contohnya, Ji Ho yang nak jadi penulis skrip tetapi walaupun dah lima tahun menjadi pembantu penulis skrip, dia masih lagi tak boleh jadi penulis skrip. Akhirnya dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi penulis skrip dan bekerja separuh masa di kafe berdekatan rumahnya.

Untuk Ho Rang pula, dia dah bercinta dengan Won Seok selama tujuh tahun dan nak sangat berkahwin dengan teman lelaki dia tu tapi Won Seok tidak mempunyai kewangan yang stabil serta pekerjaan yang betul – betul boleh menjamin masa depannya.

Soo Ji antara yang paling berjaya di kalangan mereka bertiga tetapi dia masih lagi bekerja makan gaji dan terpaksa menahan perasaan apabila diganggu secara seksual oleh rakan – rakan sekerjanya yang lelaki.

Kalau kau orang jenis suka tengok drama yang perkembangan cerita dia lambat, nia cadangkan kau orang tengok cerita ni.

Kalau kau orang jenis suka tengok drama yang ada banyak masalah dan konflik yang ditimbulkan, ini bukan drama yang sesuai untuk kau orang.

Takut nanti kau orang pun berperasaan macam nia. Lepas tengok tiga episod, terus dah tak ada mood nak sambung tengok drama ni sampai ke penghujung.


:)

Jumlah Episod: 16
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)