Assalamualaikum
semua :)
Hari
ini merupakan hari terakhir kita semua berada dalam bulan Ramadhan yang mulia.
Tahun depan entahkan berjumpa lagi ataupun tidak dengan bulan yang penuh dengan
rahmat dan juga berkat ini.
Mudah
– mudahan kita semua diberikan rezeki oleh Allah swt untuk bertemu sekali lagi
dengan Ramadhan Mubarak ini, amin ya rabb.
Masih
ada lagi ke di antara kau orang semua ni yang tengah berjalan – jalan di
pasaraya ataupun bazaar raya untuk mencari baju raya?
Almaklumlah,
kebiasaannya baju raya akan dijual pada harga yang sangat rendah dan tidak
masuk akal oleh penjual di saat – saat genting seperti ini. Kebanyakkan orang
memang tidak akan melepaskan peluang keemasan ini termasuklah adik nia sendiri.
Tapi nia tak sanggup woiiiiii!
Memanglah
harga baju yang ditawarkan sangat murah tetapi kena bergasak dan bertolak
dengan orang ramai pulak. Adududududududu, ini satu benda yang paling nia tak
suka. Nia lagi sanggup beli baju dengan harga asal daripada kena bersesak
dengan orang ramai.
Okey,
cukup sampai situ je pasal baju raya.
Back to our main focus.
Disebabkan
bulan Syawal dah menjelang tiba, nia nak kongsikan beberapa tips yang berguna
dengan kau orang semua tentang adab beraya di rumah orang mahupun saudara mara
sendiri.
Adat
berkunjung daripada sebuah rumah ke rumah yang lain merupakan satu tradisi yang
sangat lazim dalam kalangan orang melayu. Kemeriahan adat berkunjung ni dapat
dirasai terutamanya pada bulan Syawal dan juga bulan Zulhijjah kerana terdapat
Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.
T A
P I
Adakah
kita semua berkunjung ke rumah dengan orang lain dengan penuh adab sopan dan
juga tertib? Jom tengok balik adab – adab berkunjung ke rumah orang yang nia
akan kongsikan dengan kau orang semua.
1 –
Bagi salam
Dah
namanya berkunjung ke rumah orang, takkanlah kau orang nak main redah masuk
tanpa bagi salam apa semua kannnn? Silap haribulan kena baling dengan batang
buluh sarung lemang dek tuan rumah. Kalau kena tuan rumah tu orang Melaka,
dicarutnya sekali engkau ‘cilako punyo
budak, main ghodah yo ghumah deyan!’ Haaa, baru padan dengan muka tu.
Jadi
jangan lupa untuk ketuk pintu rumah dan ucapkan ‘Assalamualaikum Tuan Rumah, kami datang nak duit rayaaaaaa!’ HAHAHAHAHA
2 –
Makan & Minum
Walaupun
niat utama kau orang semua beraya kat rumah orang lain tu semata – mata nak
dapatkan duit raya daripada tuan rumah tapi janganlah duduk seminit dua dah nak
balik.
Jamah
sikit kuih – muih raya yang terhidang dalam bekas dan minum air yang
dihidangkan dalam satu dua teguk. Sambil kau orang mengalas perut tu, boraklah
dengan tuan rumah. Tanya nama ke, tanya kerja ke, tanya dah kahwin ke belum. Kalau
nak nampak lagi mesra, ajar tuan rumah tu satu dua ayat pickup line. Confirm
dapat duit raya lebih! HAHAHAHA
Only then, you can excuse yourself.
3 –
Simpan Gajet
Sekarang
ni zaman berteknologi tinggi, hampir semua orang ada gajet masing – masing
terutama telefon pintar. Jadi kalau kau orang berkunjung ke rumah orang lain,
tolonglah simpan gajet kau orang tu dalam poket ataupun beg masing – masing.
Tak
jakunlah tuan rumah tu dengan gajet kau orang semua. Masa hari raya nilah kau
orang nak berjumpa dan bertukar cerita dengan saudara mara serta sahabat handai
masing – masing. Tapi kalau dah semuanya mata dok melekat memandang skrin
telefon pintar, macam mana nak bertukar cerita dan bergurau senda?
Jadi
tolong, simpan gajet masing – masing.
4 –
Singgah Sekejap
Tolong
simpan dalam kepala kau orang kemas – kemas tuan rumah bukannya ada kau orang
seorang je sebagai saudara dia. Ramai lagi saudara mara dia tengah beratur
menunggu giliran nak masuk ke dalam.
Jadi
kalau kau orang dah berada dekat dalam rumah tu anggaran 30 minit sehingga satu
jam, bawak – bawaklah mengundurkan diri yee. Bagi peluang dekat orang lain
pulak untuk berjumpa dengan tuan rumah.
Tapi
kalau kau orang jenis muka tak malu dan suka tunggu sampai kena halau balik
dengan tuan rumah baru nak beredar, silakan terus berada di dalam rumah
tersebut. Tak itupun yang kena halau nanti kau orang, bukannya nia. HAHAHAHA
Itulah
sahaja adab – adab berkunjung ke rumah orang yang boleh nia kongsikan dengan
kau orang semua.
Akhir
kalam, selamat menyambut hari raya aidilfitri kau orang. Sekiranya ada kata –
kata nia yang melukakan hati, nia menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.
Jangan
lupa untuk merancang perjalanan kau orang supaya tidak tersekat dalam kesesakan
jalanraya. Kalau terasa letih dan mata berat, berhenti kat kawasan rehat untuk
tidur seketika.
Ika team tidak balik beraya di kampung. Huu sedih. Nice sharing Nia. Selamat Hari Raya ✨
ReplyDeleteIka datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html?m=1
Nia tak pernah merasa lagi beraya dekat KL macam mana. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin :)
DeleteTerima kasih sudi singgah sini.