Friday, June 7

FAMILY: Jalan – Jalan Cari Makan

* ampunnnnnnnn, ini entry basi tahap tak ingat. patut nia kongsikan cerita ni bulan dua hari tu *


Assalamualaikum semua :)

Masa cuti sempena perayaan hari raya cina bulan Februari tempoh hari, nia dan keluarga telah mengambil keputusan untuk melancarkan misi jalan – jalan cari makan. Memandangkan kami sekeluarga sudah lama tidak bercuti bersama – sama jadi sempena cuti panjang ni kami sebulat suara bersetuju untuk menjalankan misi jalan – jalan cari makan sampai kenyang.

HAHAHAHAHAHAHA

Destinasi jalan – jalan cari makan kami yang pertama ialah Medan Ikan Bakar yang bertempat di Umbai. Sampai sahaja di tempat makan tu, kedai yang biasa kita orang makan tu tak buka lagi dan semua orang tengah sibuk membuat persiapan untuk membuka kedai mereka.

Dia orang buka biasanya pukul enam petang sehingga tengah malam. Disebabkan masih ada lagi satu jam sebelum kedai tersebut buka, kita orang semua memutuskan untuk menziarahi Makam Tun Teja yang terletak tidak berapa jauh daripada Medan Ikan Bakar tersebut.


Ini merupakan kali ketiga nia sampai ke Makam Tun Teja. Kali yang pertama bersama dengan arwah ibu. Kali yang kedua bersama dengan mak saudara beserta sepupu nia. Kali yang ketiga ni bersama dengan nenek pulak. Sungguhpun ini merupakan kali ketiga nia ziarahi Makam Tun Teja tetapi ini merupakan kali yang pertama bagi nenek.



Istimewanya Makam Tun Teja ni sebab terletak di tengah – tengah kawasan bendang ataupun turut dikenali sebagai sawah padi. Jadi kalau ambil gambar berlatar belakangkan sawah padi yang tengah menguning, memang cantiklah jadinya.

M   A   L   A   N   G   N   Y   A

Sawah padi di kawasan ini kering kontang daaaaaaaaaa. Habis rancangan nak selfie cecantik dengan sawah padi ni.



Oh lagi satu, kalau kau orang datang ke Makam Tun Teja dengan perut yang tengah kosong dan berkeroncong, jangan risau! Sebab bersebelahan dengan pintu masuk Makam Tun Teja ni ada gerai yang menyediakan pelbagai menu makanan petang untuk para pelancong mengalas perut masing - masing


Selepas kita orang menziarahi Makam Tun Teja, kita orang meneruskan perjalanan menuju ke Perigi Portugis. Ini merupakan kali pertama nia sampai ke sini sebab sebelum ni memang tak pernah perasan langsung papan tanda jalan masuk ke Perigi Portugis ni.

Masa nia nak pergi ke pintu masuk Perigi Portugis ni, ada pulak seekor lembu tengah sedap melepak kat tepi jalan. Nia dah cuak dah dalam hati sebab masa tu pakai tudung pink menyala terang. Kotlah lembu ni buta warna dah sangkakan tudung nia warna merah, mahu nia terpaksa terjun dalam Perigi Portugis untuk selematkan diri.


Tapi selamaaattttttt! Rupanya lembu tu nak kejar pun tak larat sebab tengah kelaparan.

Oh ya, kalau kau orang nak tahu Perigi Portugis ni terletak di dalam kawasan persendirian jadi kawasan sekitar Perigi Portugis telah dipagar. Tapi kalau sesiapa nak melawat Perigi Portugis boleh je buka pagar dan masuk ke dalam dengan syarat kau orang kena kunci semula pagar tersebut. Takutlah kalau lembu atau haiwan lain masuk ke dalam dan memusnahkan tanaman milik dia orang.



Abah nia memang paling teruja nak pergi ke Perigi Portugis ni sebab sedari dulu lagi dah berhajat nak datang tapi tak pernahnya jumpa papan tanda jalan masuk ke Perigi Portugis. Siap nak bawak botol kosong lagi untuk isi air daripada Perigi Portugis ni.


T   E   T   A   P   I

Kering – kontang weyh perigi dia. Cetek pulak tu.


Abah be like, ‘kalau betul lembu tu kejar awak tadi memang terkekeh – kekeh lembu tu gelak kat awak, angah. Sampai terkentut – kentut siap tercirit sikit lembu tu. Periginya cetek benar, kalau awak terjun pun masih terjulur lagi kepala awak keluar daripada mulut perigi.’
HAHAHAHAHAHAHAHA

Abah memang suka buat lawak guna kentut dengan cirit sebagai bahan ketawa. Untuk bakal suami nia, tolong ambil perhatian yeeee. Nak buat abah gelak senang je, buat lawak yang topik utamanya ialah kentut dan juga cirit. Gerenti abah terima jadi menantu.

Haaaaa, jangan cakap nia tak payung!




KEKEKEKEKEKEKEKE

Tak tahulah nak ketawa ke nak menangis bila tengok keadaan perigi daripada peninggalan sejarah ni tidak berjaga dengan elok. Padahal Perigi Portugis ni merupakan salah satu perigi yang tidak pernah kering airnya. Malahan selalu digunakan oleh penduduk tempatan setiap kali musim kemarau menjelang tiba.

Abah kecewa sebab tak dapat nak merasa basuh kaki dan tangan dengan air daripada Perigi Portugis ni. Takpelah abah, nak buat macam mana lagi. Dah airnya kering.


Selesai jalan – jalan melawati Makan Tun Teja dan juga Perigi Portugis, kita orang pergi kembali ke Medan Ikan Bakar Umbai dan terus memesan makanan serta minuman. Dah berjalan – jalan, mestilah perut jadi lapar. Betul tak?

Kita orang pesan seekor ikan siakap masak masam manis, tiga ekor sotong gergasi goreng tepung, tiga ekor ikan kembung bakar dan juga lima pinggan nasi lemak. Ya, kita orang biasa makan kat sini guna nasi lemak. Tak makan nasi putih biasa.




Itulah keistimewaannya makan di Medan Ikan Bakar Umbai ni. Makan ikan bakar digandingkan pula dengan nasi lemak. Kelazatan dia tu jadi berganda – ganda weyh. Tak sedar pun dah bertambah dua pinggan nasi.

HAHAHAHAHAHAHAH

Nia memang kalau balik Melaka teringin nak makan ikan bakar, ini jelah tempatnya yang akan nia tuju. Sebab barang – barang basah dia orang semuanya segar – bugar, boleh terasa kemanisan ikan, sotong, kerang, kupang, udang dan juga ketam. Harga pulak berpatutan dan tidak terlalu mahal. Dan paling penting, boleh makan makanan tu semua dengan nasi lemak! Haaaa, jangan cakap nia tak payung tau.

Esoknya, nia bagitahu kat abah nak cuba pergi Pahang ikut Melaka sebab pada hari raya tahun lepas along balik kampung suami dia kat Kuantan tak lalu Lebuhraya Karak pun, dia balik sana ikut Melaka. Jadi abah pun kata okey, jom kita pergi Pahang ikut Melaka. Kalau sesiapa yang berhajat nak ke Pahang ikut Melaka, kau orang boleh ikut laluan Air Kuning – Gemas – Temerloh.

Kalau ikut jalan ni, memang lagi dekat berbanding kau orang lalu ikut Lebuhraya Karak. Dahlah kena tempuh KL lagi. Dengan traffic jammed apa semua. Masa terbuang kat atas jalanraya macam tu sahaja.

Dah alang – alang sampai Pahang, takkan nak lalu gitu – gitu sahaja. Ye dak? Mestilah nak makan gulai ikan patin tempoyak seorang satu mangkuk! Abah be like, ‘abah dah tahu dah awak punya agenda bila awak ajak pergi Pahang lalu Melaka. Mesti sebab nak makan ikan patin.’

KEKEKEKEKEKEKEKE

Abah memang memahami citarasa anak dia. HAHA

Disebabkan dah beberapa kali adik ajak makan kat Restoran Go’Bang Maju tetapi tak pernah kesampaian sebab kita orang selalunya bila melawat adik memang rushing nak balik KL semula. Takut tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Lebih – lebih lagi kat kawasan plaza tol gombak dan RnR Genting Sempah. Dua kawasan tu kalau kita orang lalu selepas waktu Zohor, gerenti akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas.



Sebab tu kalau nak melawat adik kat UiTM Jengka, kita orang akan bertolak daripada KL selepas solat Subuh. Kemudian biasanya kita orang akan berhenti sarapan dekat Petronas Bentong dan kembali meneruskan perjalanan sehingga ke UiTM Jengka. Biasanya kalau kita orang gerak pukul 7 pagi, dalam pukul 10 pagi sampailah. Itu kalau kau orang bawak dalam lingkungan 80 atau 90 km/j. Kalau kau orang memang jenis bawak laju, satu jam setengah je kau orang dah sampai kat sana.

Nak cari restoran ni pun tak susah sangat sebab dia memang betul – betul kat tepi jalan. Lagi satu, dia orang punya papan tanda pun besar. Memang besar gila papan tanda dia. Orang buta je tak boleh nampak papan tanda dia orang yang besar gedabak tu. Pastikan kau orang tak terlepas taman tema air batu gajah. Kalau dah terlepas, maknanya restoran ini sudahpun terlepas.

Sampai – sampai je, nia dengan adik terus pergi ambil lauk gulai ikan pating tempoyak empat mangkuk. Kita orang ambil tiga ketul ekor dan satu ketul badan. Lepas tu, kita orang pesan air mineral seorang satu. Sebab niat asal memang nak makan gulai ikan patin tempoyak pun. Jadi, kita orang memang takde pesan makanan yang lain walaupun dia orang ada banyak menu yang boleh dikatakan lazat jugaklah.



Nia dah pernah rasa gulai ikan patin tempoyak dekat beberapa restoran di Pahang ni dan nia boleh bagitahu kau orang yang Go’Bang Maju punya gulai ikan patin tempoyak ni rasa dia biasa – biasa je. Kuah dia pun tak pekat sangat. Pedas pun tahap paling minimal sebab nia yang biasa tak makan pedas pun boleh hirup kuah dia sampai habis. Ikan patin dia orang pulak bersaiz sederhana.

Secara keseluruhannya, kalau kau orang datang sekadar nak merasa makan gulai ikan patin tempoyak dia orang bolehlah singgah. Tapi kalau nak ulang makan lagi, nia tak cadangkan kau orang untuk makan kat sini. Kebanyakkan orang datang makan kat sini pun bukannya sebab gulai ikan patin tempoyak dia orang tapi sebab menu ikan bakar dan pelbagai menu lain.

Nia ada jumpa satu kedai yang jual gulai ikan patin tempoyak betul – betul sedap hingga menjilat jari. Nanti nia akan kongsikan pasal kedai tu dengan kau orang semua dalam entry yang lain yeee.

    

Jadi, itulah sahaja kembara nia dan keluarga dalam misi jalan – jalan cari makan sehingga perut kenyang.

Kau orang buat apa masa cuti raya cina yang lepas? Jom kongsi dengan nia.

:)

Alamat Makam Tun Teja: Jalan Merlimau, 77300 Merlimau Melaka.
Alamat Perigi Portugis: Jalan Merlimau, 77300 Merlimau Melaka.
Alamat Medan Ikan Bakar Umbai: Jalan Medan Ikan Bakar Umbai - Pernu Pengkalan Pernu
Alamat Go’Bang Maju: Jalan Triang, Temerloh 28000 Malaysia

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.