Assalamualaikum
semua :)
Semua
anak kecil mempunyai tabiat buruk masing – masing dan kadang – kadang tu susah
sangat nak menghilangkan tabiat buruk dia orang. Walaupun puas kita ibu bapa ni
tegur dia orang, jentik tangan, piat telinga apa semua bagai. Dia orang masih
lagi dengan tabiat yang tidak nampak cantik di mata kita.
Betul
tak?
Tapi
tak payah cakap tentang anak kecil yang masih belum mencapai akil baligh tulah,
kita yang dewasa ni sendiri pun masih ada lagi tabiat buruk yang sangat payah
untuk dibuang.
Betulkan?
Apabila
soalan bila nak berubah diajukan kepada kita, alasan yang sering dilemparkan
ialah dah terbiasa buat begitu jadi payah nak berubah. Kalau kita sebagai ibu
bapa pun tak berusaha untuk mengubah tabiat buruk sendiri, jadi jangan pula
kita meletakkan tekanan kepada anak – anak untuk mereka berubah.
Kenapa?
Sebab
kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Ingat!
Ibu
bapa adalah contoh yang paling baik untuk ditiru oleh anak – anak.
Jadi
hari ni nia akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan tabiat buruk anak
– anak secara perlahan tetapi berkesan, insyaAllah. Pertama sekali, mari kita
kenal pasti beberapa contoh tabiat buruk anak – anak kecil yang selalu anak
kita buat ataupun kita biasa nampak di sekeliling.
Antaranya
ialah:
1 – Menangis
bila tak dapat sesuatu
2 –
Berguling – guling atas lantai bila dimarahi
3 –
Menjerit – jerit bila bercakap
4 –
Sibuk nak bercakap bila ibubapa tengah bercakap
5 –
Korek hidung
6 –
Jilat tapak tangan dan tapak kaki
7 –
Menjelirkan lidah
8 –
Menjeling
9 –
Bercakap kasar
10 –
Suka pukul dan tendang
Okey,
ini antara contoh tabiat buruk yang selalu dibuat oleh anak – anak kecil. Jadi
macam mana nak hilangkan tabiat buruk ni semua?
1 – Bagitahu
sebab
Budak
– budak ni memang lumrahnya suka bertanya dan selalu nak ambil tahu. Curious. Memang itu sifat dia orang.
Malahan, ada kajian mengatakan bahawa budak yang banyak bertanya ni seorang
anak yang pintar.
Jadi
pastikan ibubapa bagi penjelasan yang sebaiknya bila nak suruh dia orang buang
tabiat buruk tu. Nia boleh jamin anak – anak kau orang mesti akan tanya kenapa
tak boleh buat macam ni mama / papa?
Contoh,
anak selalu jilat tapak tangan dan tapak kaki.
Ibu
bapa perlu terangkan tapak tangan dan tapak kaki tu sangat kotor sebab selalu
terdedah pada kuman dan bakteria. Tambahan pula mereka selalu bermain di luar
dan menyentuh apa sahaja permukaan tanpa membasuh tangan dan kaki selepas
bermain.
Jadi
kalau mereka suka jilat – jilat tangan dan kaki, ada kemungkinan mereka akan
dijangkiti penyakit. Kalau boleh, tunjukkan sekali video kuman yang ada kat
tapak tangan dan tapak kaki. Biar mereka tahu kuman tu macam mana rupanya.
2 – Tegur
berpanjangan
Manusia
memang sifatnya pelupa dan mesti selalu diingatkan. Bukan sahaja kanak – kanak,
malahan orang dewasa juga. Jadi setiap kali anak kau orang buat tabiat buruk,
tegur dia orang elok – elok.
Contoh,
anak cakap menjerit – jerit.
Ibu
bapa kena tegur elok – elok, jangan ikut menjerit sama. Kang tak pasal – pasal
je, emosi ibu bapa jadi celaru dan anak jadi mangsa ibu bapa melepaskan emosi
yang tidak boleh dikawal.
Contoh
ayat untuk menegur anak – anak yang tengah membuat tabiat buruk, ‘Ahmad budak baik kan? Ibu suka Ahmad cakap
elok – elok dan tak menjerit. Kalau Ahmad cakap elok – elok, ibu boleh dengar
apa yang Ahmad cakap. Bila Ahmad menjerit, ibu tak boleh dengar sebab telinga
ibu sakit.’
3 –
Time Out / Pengasingan
Dah
bagitahu penerangan tentang keburukan tabiat buruk yang selalu anak lakukan dan
sudah ditegur elok – elok apabila mereka melakukan perbuatan berkenaan tetapi
anak masih lagi membuat tabiat buruk itu tanpa mengendahkan teguran yang kita
berikan tadi.
Sakit
hati, ye dak?
Kecil
besar, kecil besar je mata kita pandang anak kita yang seorang ni. Ikutkan
nafsu, mahu sahaja kita seligi kepala dia tiga empat kali. Baru puas hati.
HAHAHAHAHAHA
Bila
dua cara tadi tak mendatangkan hasil, jadi kita buat pengasingan pula.
Bagi
anak dua pilihan.
Samada
dia nak duduk seorang – seorang di situ dan terus melakukan tabiat buruk dia
ataupun dia nak duduk bersama kita dan berhenti melakukan tabiat buruk tersebut.
Sekiranya
dia pilih untuk duduk seorang diri, tinggalkan sahaja dia di situ dan kita
pergi ke ruang lain. Asingkan dia selama lima minit. Kemudian, kita tanya balik
soalan yang sama. Nak duduk seorang – seorang ataupun nak duduk bersama kita.
Ulang benda ni sampai dia pilih untuk duduk bersama dengan kita.
TAPIIIII
Janganlah
ditinggalkannya anak tadi seorang – seorang tanpa pengawasan. Pastikan kita
sentiasa periksa keadaan dia. Takut dia buat benda – benda yang merbahaya pula.
4 -
Ganjaran
Bila
anak dah boleh buang terus tabiat buruk mereka, bagilah mereka ganjaran yang
sesuai. Antara ganjaran yang boleh diberikan ialah pelukan, masak masakan
kegemaran mereka, menonton televisyen, bermain di taman, makan di luar dan
sebagainya.
Ingat
ye.
Bagi
ganjaran hanya bila anak – anak dah berjaya buang tabiat buruk masing – masing.
Selagi mereka masih buat tabiat buruk tu, jangan berikan ganjaran.
Kebiasaannya
anak – anak akan mengambil masa antara 3 – 6 bulan untuk membuang tabiat buruk
mereka. Itu semua pun bergantung kepada usaha ibubapa juga. Kalau ibubapa
selalu culas dalam menegur anak – anak, memang agak lama jugalah masa yang akan
diambil.
Itu
sahaja tips yang nia boleh berikan tentang menghilangkan tabiat buruk anak
kecil. Kalau kau orang tahu tips yang lain, jom kongsi kat ruang komen. Kot
berguna, boleh orang lain dapat manfaat sekali.
:)
Loved reading this thank you
ReplyDelete