Assalamualaikum
semua :)
Baru
– baru ni nia ada ulang tengok drama korea lama yang bertajuk ’49 Days’. Dah
alang – alang nia ulang tengok drama ni semula, nia akan tuliskan sekali review tentang cerita ni kat sini.
Sebenarnya
dulu nia dah pernah tulis review
pasal drama ni, tapi hilang kemana entahnya entry
tu. Disebabkan nia pun malas nak godek – godek entry blog yang lama jadi nia putuskan untuk tulis review yang baru.
Sonang
kojo den!
* * *
* * *
* * *
Shin
Ji Hyun telah koma selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya sebaik sahaja
dia melihat tunangnya curang dengan kawan baiknya sendiri. Disebabkan rasa
tidak puas hati dan mahu menuntut penjelasan daripada tunangnya, dia membuat
perjanjian dengan malaikat maut untuk membenarkan dia meminjam badan seorang
manusia.
Malaikat
maut yang menolong Shin Ji Hyun itu dulunya pernah menjadi manusia yang bernama
Song Yi Soo. Disebabkan dia meninggal dalam usia yang begitu muda, dia berasa
tidak puas hati lalu meminta untuk bekerja sebagai seorang malaikat maut.
Ketika menolong Shin Ji Hyun, dia bertemu semula dengan kekasih lamanya Song Yi
Kyung yang juga merupakan kakak kembar Shin Ji Hyun.
* * *
* * *
* * *
Drama
ni bagi nia biasa – biasa sahaja. Jalan cerita dia ringkas. Perkembangan cerita
tak memeningkan kepala. Konflik dia pun senang nak faham. Lagipun drama ni
merupakan drama lama. Jadi jalan cerita dia takdelah sehebat jalan cerita drama
korea sekarang ni.
Kalau
kau orang tengah cari drama – drama korea yang lama – lama untuk ditonton, nia
cadangkan kau orang tengok drama ni.
Cerita
dia ringan dan tak serabutkan kepala. Lagi satu, takde permainan emosi. Kalau
sekejap nangis, sekejap geram, sekejap cemburu, sekejap nak tikam orang, boleh
jadi penat fikiran weyhhhh.
HAHAHAHAHAHAHA
:)
Jumlah
Episod: 16
Rating:
3 / 5
Sumber Gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)