Friday, July 12

RANDOM: Memaafkan Orang Perbuatan Mulia

Assalamualaikum semua :)

Kau orang semua jenis mudah memaafkan orang lain ataupun jenis yang ingat sampai ke liang lahad apabila ada orang buat salah dengan kau orang?

Terus terang cakap, nia jenis yang ingat sampai ke liang lahad bila orang buat salah dengan nia. Dengan erti kata lain, pendendam. Suka simpan dan suka mengungkit – ungkit benda yang pernah dilakukan kepada nia.

Nia ni jenis yang kuat makan dan suka makan. Jadi, kalau bab makan ni jangan dibuat main dengan seketul nia. Boleh jadi merajuk lama dan mengungkit bertahun – tahun lamanya okey! Perangai sensitif bab makan ni nia menurun daripada ibu, benda ni abah sendiri yang sahkan. Like mother like daughter, gittew. AHAKS!

Jadi satu hari tu, nia pergilah ke rumah saudara yang sememangnya rapat dengan nia. Dalam satu jam lebih kita orang sampai kat rumah dia, mata terasa berat. Kita orang pun capailah bantal dan baring. Abah dengan adik memang lelap teruslah bila disorongkan bantal tu tapi nia baring – baring je.

Nak dijadikan cerita, ada orang datang hantar nasi dengan lauk itik kat rumah saudara nia tu dan disebabkan orang tu memang kenal dan rapat dengan keluarga nia dia cakap bagilah nasi dengan lauk tu dekat kita orang. Tapi saudara nia tu kata tak payahlah, lauk tu nak bagi kat anak buah dia sebab anak buah dia dah pesan awal – awal lagi.

Orang tu kata takpelah, bagi je kat kita orang nanti dia akan belikan yang lain. Lagipun kita orang pun bukannya selalu datang sini dan dapat rasa lauk itik tu. Saudara nia tetap cakap tak payah.

Disebabkan hal ni, nia jadi sentap. Ya, nia faham. Benda ni tersangat kecil untuk nia sentap tapi macam yang nia bagitahu di awal – awal cerita, nia seorang yang sangat sensitive bila bab makan.

Dalam perjalanan balik tu, nia ceritalah kat abah pasal nasi dengan lauk itik tu. Rupa – rupanya abah pun pernah kena jugak. Kes abah pulak pasal sambal goreng ikan bilis. Saudara nia dah masak sambal goreng ikan bilis tu sampai semerbak harum rumah dia akhirnya dia simpan dalam almari. Katanya sambal goreng ikan bilik tu untuk anak buah dia.

Arwah ibu mintalah sikit sebab nak rasa tapi dia kata tak boleh. Buat sikit je. Cukup – cukup untuk anak buah dia makan.

Pergh!

Memang kecil hati abah dan arwah ibu masa tu. Lepas daripada tu, lama jugak dia orang tak datang ziarah sebab asyik teringatkan pasal sambal goreng ikan bilis tu.

Tapi itu cerita bertahun dulu.

Sekarang ni, sejak – sejak usia semakin meninggi nia tengah belajar untuk mudah memaafkan orang lain kalau dia orang buat salah dengan nia. Tak nak lagi dah simpan kesalahan dia orang dalam jiwa lama – lama. Tak nak lagi dah ungkit kesilapan dia orang berulang – ulang kali.

Bukan hati sendiri je terluka, nanti hati orang lain pun terkoyak sama. Dah tak pasal – pasal je hilang saudara hanya kerana sambal goreng ikan bilis dan juga nasi lauk itik. HAHA

There’s an old saying that goes like this, to err is human and to forgive is divine.

Maka marilah kita beramai – ramai menjadi orang yang mulia dengan menghulurkan kemaafan kepada mereka yang telah membuat kesilapan kepada diri kita. Amin.

Siapa kat sini geng cepat sentap bila bab makan? Jom komen kat bawah!


:)

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.