Assalamualaikum
semua :)
Kau
orang semua jenis mudah memaafkan orang lain ataupun jenis yang ingat sampai ke
liang lahad apabila ada orang buat salah dengan kau orang?
Terus
terang cakap, nia jenis yang ingat sampai ke liang lahad bila orang buat salah
dengan nia. Dengan erti kata lain, pendendam. Suka simpan dan suka mengungkit –
ungkit benda yang pernah dilakukan kepada nia.
Nia
ni jenis yang kuat makan dan suka makan. Jadi, kalau bab makan ni jangan dibuat
main dengan seketul nia. Boleh jadi merajuk lama dan mengungkit bertahun –
tahun lamanya okey! Perangai sensitif bab makan ni nia menurun daripada ibu,
benda ni abah sendiri yang sahkan. Like
mother like daughter, gittew. AHAKS!
Jadi
satu hari tu, nia pergilah ke rumah saudara yang sememangnya rapat dengan nia. Dalam
satu jam lebih kita orang sampai kat rumah dia, mata terasa berat. Kita orang
pun capailah bantal dan baring. Abah dengan adik memang lelap teruslah bila
disorongkan bantal tu tapi nia baring – baring je.
Nak
dijadikan cerita, ada orang datang hantar nasi dengan lauk itik kat rumah
saudara nia tu dan disebabkan orang tu memang kenal dan rapat dengan keluarga
nia dia cakap bagilah nasi dengan lauk tu dekat kita orang. Tapi saudara nia tu
kata tak payahlah, lauk tu nak bagi kat anak buah dia sebab anak buah dia dah
pesan awal – awal lagi.
Orang
tu kata takpelah, bagi je kat kita orang nanti dia akan belikan yang lain.
Lagipun kita orang pun bukannya selalu datang sini dan dapat rasa lauk itik tu.
Saudara nia tetap cakap tak payah.
Disebabkan
hal ni, nia jadi sentap. Ya, nia faham. Benda ni tersangat kecil untuk nia
sentap tapi macam yang nia bagitahu di awal – awal cerita, nia seorang yang
sangat sensitive bila bab makan.
Dalam
perjalanan balik tu, nia ceritalah kat abah pasal nasi dengan lauk itik tu.
Rupa – rupanya abah pun pernah kena jugak. Kes abah pulak pasal sambal goreng
ikan bilis. Saudara nia dah masak sambal goreng ikan bilis tu sampai semerbak
harum rumah dia akhirnya dia simpan dalam almari. Katanya sambal goreng ikan
bilik tu untuk anak buah dia.
Arwah
ibu mintalah sikit sebab nak rasa tapi dia kata tak boleh. Buat sikit je. Cukup
– cukup untuk anak buah dia makan.
Pergh!
Memang
kecil hati abah dan arwah ibu masa tu. Lepas daripada tu, lama jugak dia orang tak
datang ziarah sebab asyik teringatkan pasal sambal goreng ikan bilis tu.
Tapi
itu cerita bertahun dulu.
Sekarang
ni, sejak – sejak usia semakin meninggi nia tengah belajar untuk mudah
memaafkan orang lain kalau dia orang buat salah dengan nia. Tak nak lagi dah
simpan kesalahan dia orang dalam jiwa lama – lama. Tak nak lagi dah ungkit
kesilapan dia orang berulang – ulang kali.
Bukan
hati sendiri je terluka, nanti hati orang lain pun terkoyak sama. Dah tak pasal
– pasal je hilang saudara hanya kerana sambal goreng ikan bilis dan juga nasi
lauk itik. HAHA
There’s an old saying that goes like this,
to err is human and to forgive is divine.
Maka
marilah kita beramai – ramai menjadi orang yang mulia dengan menghulurkan
kemaafan kepada mereka yang telah membuat kesilapan kepada diri kita. Amin.
Siapa
kat sini geng cepat sentap bila bab makan? Jom komen kat bawah!
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)