Friday, May 8

RANDOM: Kembali Menulis Lagi?

Assalamualaikum semua :)

Kau orang semua macam mana? Sihat tak?

Ye, nia tahu nia dah lama tak menulis kat blog ni. Bukan setakat menulis je, jenguk pun tidak. Ya Allah, memang betul – betul diabaikan blog ni. Kesian diaaaaaa

Kenapa dah lama tak menulis?

Hmm

.

..


….

…..

Malas nak menulis.

.

..


Kekangan masa.

.

..


Dan, hilang rasa nak blogging.

.

..


Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Well anyway, enough with mood spoiling intro.

Rasanya masih belum terlambat untuk nia mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al – mubarak bagi semua pembaca setia dan juga pengikut blog nia yang beragama islam. Semoga ibadah kita pada ramadhan kali ni akan menjadi bertambah baik dan diterima oleh Allah swt.



Ramadhan kali ni terasa lain sangat sebab semuanya dilakukan serba terkurung. Takde lagi meriahnya bazaar Ramadhan, yang mana orang ramai akan berpusu – pusu mengunjungi tanpa mengira bangsa dan agama. Takde dah jalanraya yang sesak serta kenderaan yang beratur panjang semata nak meredah bazaar Ramadhan.

Takde juga aktiviti malam yang penuh dengan ilmu dan barakah; solat terawikh serta ceramah. Rindu nak dengar suara lunak imam mengalunkan pelbagai surah semasa solat sunat terawikh. Ke lebih rindu nak tengok ketampanan imam? HAHAHAHAHAHAH

Rindu juga nak dengar makcik pakcik tegur(?) (okay, let’s be honest about this one thing) marah sebenarnya, budak – budak yang suka sangat bermain bunga api di persekitaran surau mahupun masjid. Nia pun pelik kenapa dia orang suka sangat main bunga api berdekatan dengan surau dan masjid walaupun seringkali kena marah. Setakat ni nia tak pernah nampak lagi makcik pakcik hambat dengan penyapu bila budak – budak main bunga api sampai mengganggu khusyuk dia orang.

Bila bercakap tentang bunga api ni, teringat pulak kisah imam melatah dalam solat. Masa tu bulan Ramadhan juga, ketika solat sunat terawikh. Macam biasa, imam suruh makmum semua rapatkan saf dan terus angkat takbir. Imam pun baca doa iftitah dan disambung pula dengan surah al – fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  ١  ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  ٢  ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  ٣ 

POM!

“Aaaaaaaaaminnnnnn.”

Yang sebut amin tu imam ye, bukannya makmum.

Nia tak tahu makmum lain macam mana but I tried really hard to stifle my laughter. Like really hard sampai bahu pun bergegar. Punyalah tak nak batalkan solat tapi in the end nia keluar saf dan solat balik semula sebab tak boleh nak tahan gelak. Rasa bersalah pun ye jugak sebab gelakkan imam tu tapi rasa kelakar mengatasi segalanya. BAHAHAHAHAHAH

Jadi pada tahun ni, itu semua menjadi kenangan buat nia.

Semoga keadaan negara kita menjadi bertambah baik dan segera pulih daripada virus pandemik ini, amiiinn.

Dan tolong doakan nia untuk terus ada semangat menulis di blog ini.

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)