Assalamualaikum
semua :)
Kau
orang semua macam mana? Sihat tak?
Ye,
nia tahu nia dah lama tak menulis kat blog ni. Bukan setakat menulis je, jenguk
pun tidak. Ya Allah, memang betul – betul diabaikan blog ni. Kesian diaaaaaa
Kenapa
dah lama tak menulis?
Hmm
.
..
…
….
…..
Malas
nak menulis.
.
..
…
Kekangan
masa.
.
..
…
Dan,
hilang rasa nak blogging.
.
..
…
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Well
anyway, enough with mood spoiling intro.
Rasanya
masih belum terlambat untuk nia mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al
– mubarak bagi semua pembaca setia dan juga pengikut blog nia yang beragama
islam. Semoga ibadah kita pada ramadhan kali ni akan menjadi bertambah baik dan
diterima oleh Allah swt.
Ramadhan
kali ni terasa lain sangat sebab semuanya dilakukan serba terkurung. Takde lagi
meriahnya bazaar Ramadhan, yang mana orang ramai akan berpusu – pusu
mengunjungi tanpa mengira bangsa dan agama. Takde dah jalanraya yang sesak
serta kenderaan yang beratur panjang semata nak meredah bazaar Ramadhan.
Takde
juga aktiviti malam yang penuh dengan ilmu dan barakah; solat terawikh serta
ceramah. Rindu nak dengar suara lunak imam mengalunkan pelbagai surah semasa
solat sunat terawikh. Ke lebih rindu nak tengok ketampanan imam? HAHAHAHAHAHAH
Rindu
juga nak dengar makcik pakcik tegur(?) (okay, let’s be honest about this one
thing) marah sebenarnya, budak – budak yang suka sangat bermain bunga api
di persekitaran surau mahupun masjid. Nia pun pelik kenapa dia orang suka
sangat main bunga api berdekatan dengan surau dan masjid walaupun seringkali
kena marah. Setakat ni nia tak pernah nampak lagi makcik pakcik hambat dengan
penyapu bila budak – budak main bunga api sampai mengganggu khusyuk dia orang.
Bila
bercakap tentang bunga api ni, teringat pulak kisah imam melatah dalam solat.
Masa tu bulan Ramadhan juga, ketika solat sunat terawikh. Macam biasa, imam
suruh makmum semua rapatkan saf dan terus angkat takbir. Imam pun baca doa
iftitah dan disambung pula dengan surah al – fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣
POM!
“Aaaaaaaaaminnnnnn.”
Yang sebut amin tu imam ye, bukannya makmum.
Nia
tak tahu makmum lain macam mana but I tried really hard to stifle my laughter.
Like really hard sampai bahu pun bergegar. Punyalah tak nak batalkan solat
tapi in the end nia keluar saf dan solat balik semula sebab tak boleh
nak tahan gelak. Rasa bersalah pun ye jugak sebab gelakkan imam tu tapi rasa
kelakar mengatasi segalanya. BAHAHAHAHAHAH
Jadi
pada tahun ni, itu semua menjadi kenangan buat nia.
Semoga
keadaan negara kita menjadi bertambah baik dan segera pulih daripada virus
pandemik ini, amiiinn.
Dan tolong doakan nia untuk terus ada semangat menulis di blog ini.
Sumber gambar: google.com
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)