>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST,
HARAP MAAF <<
Assalamualaikum
semua :)
Baru
– baru ni kecoh dalam socmed tentang
pelakon cantik Emma Maembong yang telah membuat keputusan untuk membuka tudung
setelah lima tahun berhijrah. Ramai netizen yang mengecam keputusan Emma untuk
membuka hijabnya tetapi tidak kurang juga yang mendoakan agar Emma akan kembali
bertudung satu hari nanti. InsyaAllah.
Nia
tak nak komen apa – apa tentang keputusan Emma Maembong untuk membuka hijabnya
sebab nia sendiri tak tahu apa yang dia lalui sehingga dia nekad membuat
keputusan untuk tidak bertudung lagi. Nia juga tak tahu apa yang dirasai oleh
dia ketika netizen semua mengecam tindakan Emma membuka tudung di luar negara
tempoh hari.
Satu
je yang nia boleh buat untuk Emma sekarang ialah berdoa semoga dia terus tabah
dalam mengharungi dugaan yang Allah datangkan untuk dia saat ini. Nia juga
berdoa agar Emma Maembong akan terbuka hati untuk kembali bertudung.
Sejujurnya,
nia mula meminati Emma Maembong dan suka tengok drama – drama mahupun filem
lakonan dia sejak dia mula mengenakan tudung. Dia cantik. Sangat cantik. Yelah,
Emma pun ada darah kacukan Inggeris di sebelah ibunya. Sudah tentu sahaja
parasnya nampak menawan.
Yang
buatkan nia jadi suka dengan Emma Maembong ni sebab muka dia nampak sangat
manis bila berhijab. Dan dia sangat pandai membawa diri walaupun kemana sahaja
dia pergi. Ramah pun ramah. Langsung tidak sombong apabila ada peminat yang
menegur dan mahu bersalam ataupun bergambar.
Jadi
bila nia dengar cerita Emma dah buka tudung, memang terkejut juga tapi nia
pasti ini semua ujian yang Allah datangkan kepada Emma. Setiap ujian yang
didatangkan kepada kita adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita sebagai
hambanya. Jadi jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah. Teruskan berdoa,
teruskan memohon ampun kepadanya. Moga – moga rahmat Allah milik kita semua.
Amin.
Apa
yang buatkan nia lagi terkejut adalah bahasa sesetengah netizen Malaysia yang
melemparkan pelbagai kata – kata kesat dan juga hamburan makian di ruangan
komen Instagram milik Emma Maembong.
Ye,
betul.
Emma
Maembong telah membuat satu kesilapan dengan tindakannya membuka tudung. Tapi
itu bukannya satu tiket untuk kita semua maki dia. Kesilapan yang dia buat tu
bukannya satu medium untuk kita beramai – ramai jatuhkan maruah dia dengan
menghamburkan kata – kata kesat.
Yang
sedihnya, budak – budak bawah umur pun mengikut sekali perangai buruk orang
dewasa. Adoyaiiiiiiiiii
Macam
manalah kita nak lahirkan satu generasi muda yang berakhlak mulia, bersopan
santun dan tahu menghormati antara satu sama lain sekiranya kita yang tua ni sendiri
pun tak boleh nak dijadikan contoh terbaik kepada mereka semua?
Tak
hairanlah ramai artis zaman sekarang ni mudah menghidapi penyakit kemurungan.
Tengok sahajalah komen – komen yang netizen tinggalkan di socmed mereka.
Nia
orang biasa yang baca komen tu semua pun boleh jadi sesak nafas dan kadang –
kadang tu tak sanggup nak habiskan bacaan sebab komen tu terlalu menusuk jiwa
sangat. Perit dan pedih kata – kata yang ditulis.
Ada
masa, nia harap sangat segala socmed
ni dihapuskan. Biar kita jadi macam dulu. Nak tahu apa – apa berita ataupun
gosip, kena beli surat khabar ataupun baca melalui bahan bacaan seperti majalah
dan sebagainya. Takpun tengok berita di televisyen ataupun pasang telinga
dengar DJ bercakap dekat corong radio.
Tak
perlulah kita nak berbalas komen – komen yang menyakitkan hati. Kalau tak puas
hati sangat, kita bebel depan surat khabar tu. Sekurang – kurangnya kita tak
sakitkan hati sesiapa. Hanya buat penat mulut kita je membebel banyak sangat.
Harapnya,
netizen kurangkan sikit aktiviti menulis komen – komen negatif di socmed para selebriti. Mereka pun
manusia biasa macam kita semua jugak. Ada hati, ada jiwa, ada keluarga dan ada
kehidupan sendiri. Jadi, bertimbang rasalah sikit yeeee.
Siapa
setuju dengan pandangan nia, komen kat bawah okey?
Sumber gambar: google.com
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi đài loan và dịch vụ gửi hàng đi canada uy tín, giá rẻ