Friday, May 15

DRAMA: Arang and the Magistrate

Assalamualaikum semua :)

Disebabkan nia rindu sangat – sangat nak tengok drama – drama lakonan Shin Min Ah, jadi nia pun ulang tengok drama yang pertama kali membuatkan nia kenal dan jatuh cinta dengan pelakon wanita berwajah manis dengan lesung pipit di kedua – dua belah pipinya ini.

Kalau kau orang nak tahu, Shin Min Ah ni merupakan teman wanita kepada Kim Woo Bin.


*     *     *     *     *     *     *     *     *

Arang adalah seorang gadis muda yang telah menemui ajal pada usia yang sangat muda. Ketika dia dibawa oleh malaikat maut untuk menuju ke alam lain, dia berasa sangat takut dan berjaya melepaskan diri daripada malaikat maut tersebut.

Disebabkan dia tidak mempunyai apa – apa ingatan sewaktu dia hidup, jadi dia tidak tahu apa – apa tentang dirinya hatta nama dia sendiri. Arang adalah nama yang diberikan oleh hantu tua kepada dia. Arang merupakan nama panggilan untuk hantu perempuan yang masih dara ketika mereka meninggal dunia.

Setelah beberapa lama dia hidup sebagai hantu di dunia, Arang mulai rasa tidak puas hati kerana dia langsung tidak mengingati apa – apa tentang kehidupan mahupun kematiannya. Jadi dia meminta tolong daripada seorang pemuda yang boleh nampak hantu untuk mencari identiti dirinya. Pemuda itu bersetuju untuk menolong Arang jika dia dijadikan majistret.


*     *     *     *     *     *     *     *     *

Mula – mula tu nia takut gila nak tengok drama ni sebab sebelum nia mula tengok drama ni nia ada tengok snippet dia. Dalam snippet tu dia ada tunjuk babak Arang turun daripada siling rumah dengan rambut berjuntai ke bawah dan kaki pulak tergantung kat atas. Trauma sekejap nia tengok muka Shin Min Ah masa tu. HAHA

Tapi bila dah mula tengok drama ni, nia jadi jatuh suka dengan cerita dia. Jalan cerita dia walaupun ringkas tetapi penuh dengan konflik.

Kebiasaannya drama yang bergenre sejarah ini selalunya jalan cerita dia orang berat – berat dan permainan emosi memang tinggi gila. Tapi drama ni lain. Jalan cerita dia ringkas dan permainan emosi biasa – biasa sahaja. Sesuai sangatlah kalau kau orang semua baru nak membiasakan diri dengan drama – drama korea yang bergenre sejarah.

:)

Jumlah Episod: 20
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.