Assalamualaikum semua :)
Nia
akan kongsikan sambungan cerita dalam Travelog Ibuku Sayang yang seterusnya
dengan kau orang semua. Minta maaf sangat – sangat sebab nia ambil masa yang
lama untuk menyiapkan travelog ini.
Ketika
bulan enam, nia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Kolej Poly Tech
Mara Kuala Lumpur. Mereka tawarkan Diploma in Teaching English as a Second
Language (TESL). Nia teruja sangat apabila dapat tawaran tersebut sebab yelah,
kawan – kawan lain semua dah masuk matrikulasi dan universiti untuk menyambung
pelajaran masing – masing. Nia sahaja yang masih tercari – cari peluang untuk
sambung belajar.
Tetapi
dalam masa yang sama nia risaukan ibu.
Mulanya
nia ingat nak tolak sahaja tawaran tersebut sebab ibu masih warded
ketika itu dan keadaan ibu masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan
positif tetapi abah halang nia. Abah kata dah dapat tawaran sambung belajar tu,
terima sahaja. Jangan fikirkan tentang ibu. Biar abah yang jaga ibu.
Jadi
nia pun bulatkan tekad untuk menyambung pelajaran di KPTMKL. Dalam surat
tawaran tersebut dia orang bagitahu nia diberikan pilihan samada mahu tinggal
di asrama yang mereka sediakan ataupun mahu menyewa diluar. Perancangan nia
mahu tinggal dirumah sahaja sebab jarak antara rumah dengan kolej sangat dekat.
Kalau menunggang motosikal, hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja untuk
sampai.
Tapi
ibu halang.
Ibu
kata, ambillah kesempatan ini untuk merasai pengalaman duduk di asrama sebab
nia daripada sekolah rendah sehingga mahu masuk ke kolej tidak pernah dapat
merasai pengalaman tersebut. Berbeza dengan along dan juga adik. Masing –
masing berpeluang duduk di asrama semasa masih berada di sekolah menengah.
Walaupun
berat hati mahu tinggal di asrama tetapi nia turutkan sahaja kata – kata ibu.
Nia teliti senarai keperluan barang yang diberikan berulang kali. Disebabkan
ini merupakan kali pertama nia perlu tinggal di asrama, nia jadi buntu
memikirkan barang apa yang perlu dibawa. Mujur ada along yang turut sama
menolong.
Tiba
masanya untuk daftar masuk kolej.
Bila
nia menjejakkan kaki ke kawasan perkarangan kolej, terasa lain sangat.
Kebiasaannya ada ibu dan abah disisi nia tetapi pada hari tersebut nia
berseorangan sahaja. Terngiang – ngiang di pendengaran nia suara ibu memarahi
nia sebab takut nak membuat urusan sendiri.
“Sampai
bila nak bergantung dengan ibu ni, angah?”
Nah,
hari ini nia terpaksa membuat semuanya sendiri tanpa bantuan ibu mahupun abah.
Sebak dada bila melihat orang lain ditemani ibubapa tetapi nia sendirian sahaja
di situ. Tapi nia kuatkan semangat. Cukuplah selama ini bergantung dengan ibu
dan abah, untuk sehari ini cuba belajar jadi berani.
Selesai
urusan pendaftaran masuk kolej serta asrama, kami sekeluarga keluar makan
bersama – sama di pizza hut. Meraikan nia masuk kolej sambil meluangkan masa
bersama – sama. Sewaktu orang lain menjamah makanan dengan penuh selera, ibu
hanya memerhati dan hanya sesekali sahaja ibu menyuap makanan ke dalam mulut.
Tak ada selera, kata ibu.
Sewaktu
mahu pulang, tiba – tiba sahaja ibu terjatuh di tangga pizza hut. Mujur ada
abah dan adik yang segera menahan badan ibu daripada terjatuh. Kalau tidak,
mungkin ada bahagian badan lain yang bakal cedera.
Sebulan
kemudian, kesihatan ibu semakin merosot. Ibu hanya terbaring di atas katil,
langsung tidak mampu untuk bangun apatah lagi berjalan. Sepanjang waktu itu,
abah yang menjaga ibu sepenuh masa dengan mengambil cuti tanpa gaji.
Mahu
mengharapkan kami adik – beradik, tidak boleh. Along belajar di perak. Nia di
KPTM. Adik pula di smk segambut jaya. Masing – masing hanya boleh datang
menjenguk ibu di hospital semasa hujung minggu sahaja. Masa itu jugalah kami
akan mengambil alih tugas abah untuk menjaga ibu. Bolehlah abah berehat dan
membersihkan diri.
Tetapi
itupun ibu kata tak payah datang jenguk. Rehat sahaja di rumah. Masing – masing
penat belajar. Ibu kan? Dalam keadaan yang sedang sakit pun, masih lagi
memikirkan anak – anaknya.
Sampai
sini sahaja untuk bahagian kali ini. Kisah seterusnya nia akan sambung kemudian
yee.
Nia nak minta tolong kau orang semua hadiahkan bacaan alfatihah kepada arwah ibu, Saniah binti Sani.
Terima
kasih sudi hadiahkan bacaan alfatihah pada ibu nia :)
Terlepas bahagian yang lepas? ADA DEKAT SINI
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)