Assalamualaikum semua :)
Ada
tak dikalangan pembaca perempuan blog nia ni yang pakai stokin dekat kaki?
Nia
mula pakai stokin kaki secara tetap semasa sekolah menengah. Ada dua sebab nia
mula pakai stokin. Pertamanya, kaki nia cepat sejuk dan cramp. Keduanya,
kaki selalu melecet bila pakai selipar.
Makanya,
untuk mengelakkan kedua – dua perkara ni daripada berlanjutan nia pun mula
pakai stokin secara istiqamah. Jadi bila dah terbiasa pakai stokin, nia jadi
janggal pula kalau tiba – tiba keluar rumah dengan kaki yang togel tidak
berbaju.
The
thing is, bila orang lain nampak nia
pakai stokin dia orang akan tanya.
“Kenapa
pakai stokin? Jari kudung ke?”
-.-
Jadi
lepas tu nia pun belilah stokin berjari. Nak bagi orang lain nampak, jari kaki
nia cukup sepuluh dan tak kudung.
Tapi
kemudian nia dah pakai stoking berjari dah sebab rasa tak selesa dan niat
terasa salah. Pakai stokin berjari semata nak buktikan pada orang lain bahawa
jari kaki tak kudung. Huh, tak matanglah.
Walaupun
permulaan nia memakai stokin bukannya disebabkan keinginan mahu menutup aurat
tetapi nia bersyukur Allah hantarkan ujian berupa kaki melecet dan cepat sejuk
agar nia boleh belajar menutup aurat dengan sempurna.
Alhamdulillah!
Terima
kasih ya Allah.
Berkat
ujian tersebut, sampai ke hari ini nia masih lagi memakai stokin setiap kali
mahu keluar dari rumah.
Jadi
kepada para muslimah diluar sana yang sedang dalam perjalanan untuk menutup
aurat dengan sempurna, buatlah perlahan – lahan. Kalau ada komen – komen
negatif, pekakkan telinga sahaja.
Selalulah
berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan menutup
aurat dengan sempurna.
Fighting
girls!
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)