Friday, November 12

RANDOM: Stokin, Jari Kudung vs Tutup Aurat

Assalamualaikum semua :)

Ada tak dikalangan pembaca perempuan blog nia ni yang pakai stokin dekat kaki?

Nia mula pakai stokin kaki secara tetap semasa sekolah menengah. Ada dua sebab nia mula pakai stokin. Pertamanya, kaki nia cepat sejuk dan cramp. Keduanya, kaki selalu melecet bila pakai selipar.

Makanya, untuk mengelakkan kedua – dua perkara ni daripada berlanjutan nia pun mula pakai stokin secara istiqamah. Jadi bila dah terbiasa pakai stokin, nia jadi janggal pula kalau tiba – tiba keluar rumah dengan kaki yang togel tidak berbaju.

The thing is, bila orang lain nampak nia pakai stokin dia orang akan tanya.

“Kenapa pakai stokin? Jari kudung ke?”

-.-

Jadi lepas tu nia pun belilah stokin berjari. Nak bagi orang lain nampak, jari kaki nia cukup sepuluh dan tak kudung.

Tapi kemudian nia dah pakai stoking berjari dah sebab rasa tak selesa dan niat terasa salah. Pakai stokin berjari semata nak buktikan pada orang lain bahawa jari kaki tak kudung. Huh, tak matanglah.

Walaupun permulaan nia memakai stokin bukannya disebabkan keinginan mahu menutup aurat tetapi nia bersyukur Allah hantarkan ujian berupa kaki melecet dan cepat sejuk agar nia boleh belajar menutup aurat dengan sempurna.

Alhamdulillah!

Terima kasih ya Allah.

Berkat ujian tersebut, sampai ke hari ini nia masih lagi memakai stokin setiap kali mahu keluar dari rumah.

Jadi kepada para muslimah diluar sana yang sedang dalam perjalanan untuk menutup aurat dengan sempurna, buatlah perlahan – lahan. Kalau ada komen – komen negatif, pekakkan telinga sahaja.

Selalulah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan menutup aurat dengan sempurna.

Fighting girls!


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.