Assalamualaikum semua :)
Kali
terakhir nia memulakan perjalanan diet adalah ketika berada di sekolah
menengah. Itulah juga kali terakhir nia dapat merasa memakai pakaian yang
bersaiz bawah daripada XL.
Selepas
itu nia dah malas nak berdiet lagi sebab tak sanggup nak melalui fasa berlapar
dan badan terasa letih lesu sentiasa. Asyik nak tidur sahaja sepanjang hari.
Langsung takde tenaga nak buat apa – apa kerja ataupun aktiviti.
Cara
nia berdiet ketika itu sangat tidak sihat dan merbahaya untuk kesihatan juga. Bayangkan,
mula – mula nia tak makan langsung nasi. Hanya makan lauk dan biskut sahaja.
Padahal kalori makan biskut lebih banyak daripada makan nasi. Itulah, nak
berdiet tetapi takde ilmu yang cukup dan betul. Haihhhhh
Tapi
dalam masa yang singkat, berat badan nia mula turun. Lemak dekat badan pun dah
mula menyusut. Bila nia dah mula muat pakai baju – baju lama, nia tukar kepada
cara yang lebih ekstrem iaitu makan cuma sekali sehari sahaja.
Kalau
dah makan waktu pagi, waktu lain tak boleh makan.
Kalau
makan waktu tengah hari, waktu lain tak boleh makan.
Memang
berat turun dengan cepat tetapi nak mengamalkannya untuk jangka masa yang
panjang adalah satu perkara yang mustahil buat nia.
Jadi
mulai hari ini, nia nak mulakan satu perjalanan diet baru yang sudah semestinya
tidak mudah dan banyak liku yang perlu ditepis. Perancangan nia dalam berdiet
kali ini adalah berpuasa sunat setiap hari isnin serta khamis dan juga tutup
dapur seawal pukul tujuh malam.
Selain
itu nia juga akan mengambil supplemen tambahan seperti garlic oil dan fish
oil untuk membantu nia dalam perjalanan diet kali ini.
Doakan
nia supaya dapa istiqamah dalam perjalanan diet kali ini, ye semua?
Sumber
gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)