Friday, December 3

TIPS: Melipat Baju Dengan Senyuman

Assalamualaikum semua :)

Siapa dekat sini paling suka dengan aktiviti melipat baju? Nia tergolong dalam kalangan manusia yang tak suka dengan aktiviti melipat baju.

Kalau diberi pilihan antara mencuci pinggan dengan melipat baju, nia akan pilih mencuci pinggan.

Kalau diberi pilihan antara mengemas dapur dengan melipat baju, nia akan pilih mengemas dapur.

Kalau diberi pilihan antara mengemop rumah dengan melipat baju, nia akan pilih mengemop rumah.

Kesimpulannya, nia lebih rela buat aktiviti mengemas yang lain daripada melipat baju.

Nampak macam senangkan aktiviti melipat baju ni? Lipat jadi segi tiga, lipat jadi segi empat, lipat jadi bulatan. Kemudian susun dalam almari. Voila! Selesai sudah tugasannya.

Hakikatnya tidak semudah itu.

Tidak juga seindah itu.

Dapat pulak kalau baju yang perlu dilipat ada berbakul – bakul. Rasa nak pengsan menengoknya. Kalau ada tempat untuk sorokkan bakul – bakul tersebut, pasti sudah disorokkan. Biar tidak sakit mata yang memandang.

Jadi, macam mana nak lipat baju dengan senyuman ni?!

Satu sahaja, jangan bertangguh.

Sebaik sahaja kau orang angkat baju daripada ampaian, terus lipat. Jangan bertangguh – tangguh.

Ah nantilah.

Esoklah.

Kejap lagilah.

Jangan ye, jangan.

Sekali kau orang tangguhkan aktiviti melipat baju, kau orang akan diselebungi rasa malas yang berpanjangan. Dan kau orang takkan insaf selagi mata kau orang tak nampak lima enam bakul dipenuhi dengan baju.

Nak ke habiskan masa berjam – jam semata untuk aktiviti melipat baju?

Kalau tak nak, jangan bertangguh.

Lagipun kalau kau orang lipat baju sebaik sahaja angkat daripada ampaian, baju bukannya banyak pun. Sekejap sahaja dah selesai aktiviti melipat baju. Daripada kau orang angkat baju kemudian simpan dalam tujuh bakul, tunggu sehingga penuh baru nak lipat. Memang akan makan masa yang lama untuk siap lipat baju.

Selamat mencuba okeyy?


Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. hahaha..sebab tu la ida kalau basuh baju trus lipat..xnk tgk bertimbun2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit mata bila tengok baju bertimbun kan? Tapi bila datang masalah, buat tak nampak je baju bertimbun tu >O<

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.