Assalamualaikum semua :)
“Aku
patut cari jodoh ataupun tungguh jodoh datang?”
Ini
merupakan salah satu soalan yang selalu kawan – kawan lemparkan pada nia.
Yelah, melihatkan seorang demi seorang sahabat mula melangkah ke alam
perkahwinan membuatkan hati kadang – kadang berasa cemburu dan adakalanya saat
itu juga mahu mencari pasangan dan bernikah.
Betul?
But
never take action on an impulse. Takut
nanti di kemudian hari, rasa sesal menyelinap masuk ke dalam jiwa.
Itulah
juga yang selalu nia pesan kepada kawan – kawan supaya mereka tidak membuat
keputusan dalam keadaan yang terburu ataupun terikut – ikutkan perasaan yang
tengah bergejolak.
Jadi,
cari jodoh ataupun tunggu jodoh?
Kalau
ada keberanian dalam diri, apa salahnya mencari jodoh. Sekalipun awak itu
seorang perempuan, boleh sahaja memulakan langkah yang pertama untuk berkenalan
dengan si dia. Tapi janganlah sampai hilang kesopanan sebagai seorang muslimah.
Dan
satu lagi, sekiranya pihak sebelah sana menolak hati awak, belajar untuk
bergerak ke hadapan dan mencari orang yang baru. Perasaan orang lain tak
semestinya sama dengan perasaan kita. Dan sekiranya rasa itu tidak sama, jangan
dipaksa.
Be
brave enough to say next.
Yang
paling penting, jangan lupa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala
urusan dalam mencari pasangan hidup yang serasi serta boleh memimpin tangan
untuk beriringan masuk ke dalam syurga kelak.
Nia doakan semua yang sedang dalam usaha mencari jodoh agar bertemu dengan jodoh yang terbaik dengan kau orang, amiin.
Sumber
gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)