Friday, January 7

RANDOM: Cari Jodoh vs Tunggu Jodoh

Assalamualaikum semua :)

“Aku patut cari jodoh ataupun tungguh jodoh datang?”

Ini merupakan salah satu soalan yang selalu kawan – kawan lemparkan pada nia. Yelah, melihatkan seorang demi seorang sahabat mula melangkah ke alam perkahwinan membuatkan hati kadang – kadang berasa cemburu dan adakalanya saat itu juga mahu mencari pasangan dan bernikah.

Betul?

But never take action on an impulse. Takut nanti di kemudian hari, rasa sesal menyelinap masuk ke dalam jiwa.

Itulah juga yang selalu nia pesan kepada kawan – kawan supaya mereka tidak membuat keputusan dalam keadaan yang terburu ataupun terikut – ikutkan perasaan yang tengah bergejolak.

Jadi, cari jodoh ataupun tunggu jodoh?

Kalau ada keberanian dalam diri, apa salahnya mencari jodoh. Sekalipun awak itu seorang perempuan, boleh sahaja memulakan langkah yang pertama untuk berkenalan dengan si dia. Tapi janganlah sampai hilang kesopanan sebagai seorang muslimah.

Dan satu lagi, sekiranya pihak sebelah sana menolak hati awak, belajar untuk bergerak ke hadapan dan mencari orang yang baru. Perasaan orang lain tak semestinya sama dengan perasaan kita. Dan sekiranya rasa itu tidak sama, jangan dipaksa.

Be brave enough to say next.

Yang paling penting, jangan lupa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan dalam mencari pasangan hidup yang serasi serta boleh memimpin tangan untuk beriringan masuk ke dalam syurga kelak.

Nia doakan semua yang sedang dalam usaha mencari jodoh agar bertemu dengan jodoh yang terbaik dengan kau orang, amiin.



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)