Friday, March 4

GADGET: Internet YES Bermasalah, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum semua :)

Sejak PKP – PKP – Asyik – Tambah – Tambah – Lagi – MCO – Satu – Kali – Perdana – Menteri – Umum – Lagi (eh eh, kemain lagi kau orang baca ayat nia tulis siap menyanyi – menyanyi sambil mengangguk kepala bagai, heheheheheh)

Sejak PKP bermula pada tahun 2019, kebanyakkan orang mula bekerja dari rumah dan ada juga para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran & pengajaran dari rumah. Sejak daripada itu, nia mendapat banyak pertanyaan berkaitan masalah capaian internet daripada telco YES dan juga cara nak menyelesaikannya.

Untuk pengetahuan kau orang semua, nia sudahpun menamatkan perkhidmatan dengan YES. Nia sudah tidak menggunakan lagi perkhidmatan internet yang disediakan oleh mereka atas sebab yang tertentu. Tapi tentang perkara itu, nia akan bagitahu dalam entry yang lain.

Disebabkan ramai yang nak tahu cara menyelesaikan masalah capaian internet daripada telco YES, dibawah ini ada beberapa cara nia kongsikan yang harapnya boleh membantu kau orang semua.

1 – Restart device.

Sekiranya capaian internet kau orang semua bermasalah, cuba kau orang restart semula device samada zoom ke, huddle ke ataupun smartphone. Tutup device, biarkan dalam satu atau dua minit, kemudian kau orang buka semula device.

Did that solve your problem?

Kalau masih bermasalah, baca pula cara kedua yang nia kongsikan ini.

2 – Tutup device, keluarkan simcard, masukkan semula dan buka device.

Mula – mula sekali tutup device kau orang. Kemudian, keluarkan simcard daripada device.

Ambil kain ataupun tisu. Sebaiknya kau orang gunakan kain untuk lap cermin mata tu tapi kalau dah takde, ambil jelah apa – apa kain yang ada ataupun tisu. Pastikan kering ye, jangan basah.

Setelah itu, kau orang lapkan microchip dekat simcard tu. Bagi hilang habuk ke debu ke. Sambil lap tu kau orang bisik kat chip tu, janganlah buat hal aku ada kerja nak buat ni. KEKEKEKEKEK

Dah selesai lap, masukkan semula simcard ke dalam device dan buka semula device tu.

Did that solve your problem?

Kalau masih bermasalah, baca pula cara ketiga yang nia kongsikan ini.

3 – Buat speedtest dan hantar aduan dekat yescare.

Kalau kau orang dah cuba buat dua cara kat atas tapi masih tak berjaya, makanya kau orang perlu lakukan speed test dekat website Yes4G seterusnya buat aduan dan hantar melalui email YesCare.

Caranya, kau orang pergi dekat bahagian speed test Yes4G dan buat ujian kelajuan capaian internet. Pastikan kau orang print screen ataupun screenshot keputusan ujian tersebut untuk dilampirkan dalam email aduan kau orang nanti. Cadangan nia, kau orang buat speed test tu dekat beberapa tempat yang berlainan. Biar ada variety of results supaya pihak telco boleh detect masalah.

Nia ada letakkan link speed test Yes4G, email YesCare dan juga nombor telefon untuk dihubungi dekat bawah ni untuk rujukan kau orang semua.

Speed test: TEKAN SINI OKEYY :)

Email: yescare@yes.my

Tel: 018 – 333 0000

Pssst, spam aduan kau orang banyak – banyak sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak mereka.

Did that solve your problem?

Kalau masih bermasalah, baca pula cara keempat yang nia kongsikan ini.

4 – Pergi dekat yes centre dan buat aduan kepada mereka.

Andai kata kau orang pun dah bosan dengan masalah capaian internet yang tidak menemui jalan penyelesaian, bolehlah menjejakkan kaki ke Yes Centre yang berdekatan dengan rumah kau orang.

Sebelum kau orang terjah satu – satu Yes Centre, pastikan dia orang ada sediakan servis yang berkaitan dengan masalah kau orang tau sebab tak semua Yes Centre ada sediakan perkhidmatan berkaitan dengan customer service ni. Kalau tak nanti, sia – sia sahaja perjalanan kau orang.

Macam mana nak tahu servis apa yang Yes Centre ada?

Kau orang boleh periksa melalui Yes Store Locator. Nia ada sediakan link tersebut dekat bawah.

Sampai sahaja dekat Yes Centre, kau orang jumpalah dengan pegawai yang ada dan ceritakan segala masalah capaian internet yang kau orang alami pada mereka. Jangan lupa, bagitahu juga cara – cara penyelesaian yang telah kau orang buat untuk selesaikan masalah tersebut. Dan tunjukkan sekali keputusan speed test yang pernah kau orang lakukan sebelum ini kepada pegawai mereka.

Psst: cara yang keempat ini tak boleh nak dilakukan sekiranya kawasan kau orang berada dalam fasa PKP ataupun PKPD. Seperti yang kau orang semua sediakan maklum, sewaktu PKP dilaksanakan semua kiosk, cawangan mahupun HQ pihak telco tidak akan beroperasi. Mereka hanya akan beroperasi secara atas talian sahaja.

YES Store Locator: TEKAN SINI YEE :)

Did that solve your problem?

Kalau masih bermasalah, baca pula cara kelima yang nia kongsikan ini.

5 – Tukar simcard baru

Sekiranya kau orang dah buat semua cara di atas dan masalah capaian internet masih lagi berlaku, kemungkinan kau orang perlu tukarkan simcard lama kepada yang lebih baru. Kadang – kadang simcard yang kau orang gunakan tu versi lama punya, jadi tak berapa compatible dengan rangkaian internet mereka.

Untuk penukaran simcard, boleh dilakukan melalui dua cara iaitu secara atas talian ataupun secara walk in ke Yes Centre yang berdekatan.

Did that solve your problem?

Itu sahaja jalan penyelesaian yang nia boleh kongsikan bersama dengan kau orang semua. Harapnya perkongsian nia kali ini dapat membantu kau orang menyelesaikan masalah.

Nia tahu, betapa peritnya rasa apabila capaian internet tidak memuaskan hati tambah – tambah apabila kita memerlukannya ketika melaksanakan tanggungjawab. Nia doakan semoga kita semua terus kuat mengharungi keadaan semasa dan semoga urusan kita semua dimudankan, amin.



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.