Assalamualaikum semua :)
Okey,
nia akan sambung kembali travelog ibuku sayang.
Sehari
sebelum ibu menghembuskan nafas yang terakhir, nia dan adik ada pergi ke
hospital untuk melawat sebagaimana kebiasaannya pada minggu – minggu sebelum
itu juga. Itu memang rutin mingguan nia; melawat ibu di hospital walaupun ibu
melarang sebab ibu tak nak nia penat. Terpaksa berulang – alik ke hospital
walaupun sedang menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
Waktu
nia dan adik sampai ke hospital, petugas dapur sedang memberikan makanan tengah
hari kepada pesakit dari katil ke katil. Bila ibu dapat makanan, ibu bagi dekat
adik lepas tu ibu buat isyarat suruh kongsi makan berdua dengan nia. Ya, masa
ni ibu dah tak boleh nak bercakap sebab tekak ibu dah mula sempit. Kalau ibu
nak minta apa – apa, ibu akan tulis dekat buku. Takpun ibu buat bahasa isyarat.
Kita
orang berdua pun tak banyak cakap, terus makan makanan tu sebab masing – masing
lapar. Belum sempat makan tengah hari lagi sebelum datang ke hospital. Masa nia
dengan adik tengah makan, ibu renung muka kita orang adik beradik lama – lama
sambil tersenyum. Pandangan ibu masa tu redup dan sayu sahaja, seolah – olah
ibu tahu bahawa itulah kali terakhir ibu dapat tatap wajah kami berdua.
Balik
dari hospital hari tu, tiba – tiba nia terlanggarkan pagar rumah dengan motor
sampai runtuhlah pagar tu sebelah. Adik yang baru masuk rumah masa tu terus
berlari keluar tengok nia. Orang kedai sebelah rumah ni pun datang tolong
angkatkan motor nia. Allahu Akhbar, tak pernah – pernah langgar pagar sepanjang
bawak motor itulah kali pertama langgar pagar. Sampai runtuh pulak tu!
Masa
nia langgar pagar rumah tu, terus terbayang muka ibu dalam kepala. Masa tu nia
tak faham sangat jadi nia abaikan sahaja. Terus bersiap – siap dan berkemas
untuk balik ke asrama. Langsung tak teringat nak telefon abah tanya mengenai
keadaan ibu ataupun bercerita tentang pagar rumah yang dah runtuh tu.
Beberapa
minggu selepas ibu meninggal, nia ada bercerita dengan abah tentang pagar
runtuh sebelah tu. Abah bagitahu, itu mungkin petunjuk daripada Allah nak
bagitahu bahawa nia akan kehilangan tempat bergantung iaitu ibu.
Setakat
ini sahaja perkongsian nia untuk travelog ibuku sayang kali ini. Sampai
berjumpa lagi semua :)
Nia
mohon jasa baik semua untuk hadiahkan bacaan surah alfatihah kepada ibu nia,
Saniah binti Sani. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)