Friday, April 22

TIPS: Gosok Baju Sambil Menyanyi

Assalamualaikum semua :)

Siapa dekat sini paling berchenta betul bila nak gosok baju? Andai ada orang bertanya, nak aku tolong gosokkan baju tak? Itu sudah cukup untuk membuatkan dia senyum riang dan melompat girang. Kalau kau orang adalah orang yang dimaksudkan jangan gusar sebab nia pun termasuk dalam golongan yang sama. KAH!

Nia akan gosok baju kerja nia dan juga baju jalan abah setiap hujung minggu. Bila menjelangnya hari Ahad, nia rasa malas sangat nak bangun sebab nia tahu by hook or by crook nia kena selesaikan urusan menggosok baju ni. Yelah, kalau nia tak gosok baju kerja macam mana nak pergi kerja? Takkan nak belasah pakai seluar slack dengan kemeja sepanjang minggu kot?

Jadi nia akan kongsikan beberapa tips supaya kau orang yang tak suka menggosok baju boleh melakukan aktiviti tersebut sambil menyanyi riang.

1 – Sejuk

Menggosok baju, pada nia adalah aktiviti yang panas. Aktiviti yang akan membuatkan peluh nia jatuh berjurai – jurai. Jadinya kawasan untuk melakukan aktiviti menggosok baju ini perlu sejuk.

Kalau takde aircond pun tak mengapa, cukup dengan adanya kipas yang dipasang pada tahap paling maksima. Biar ketiak tak basah!

2 - Hiburan

Hiburan untuk nia ketika menggosok baju adalah lagu. Jadi sepanjang menggosok baju, nia akan buka radio ataupun playlist dekat smartphone supaya nia tak berasa bosan.

Kadang – kadang tu ada jugak nia menggosok baju sambil dengar siaran langsung dekat IG, ceramah atas talian ataupun sambil menghadiri kursus dan juga kelas yang ringan – ringan.

3 – Air Sejuk

Dah buat aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh, mestilah kena minum banyak air untuk menggantikan semula air yang dah hilang tadi kan?

Jadi sebelum nia menggosok baju, nia akan pastikan bekalan air sejuk nia mencukupi dalam peti ais. Bila tekak terasa kering semasa menggosok baju, buka sahaja peti ais, capai botol air dan teguk airnya. Ahhhhhh, nikmatnya air sejuk!

Itu sahaja tips yang boleh nia kongsikan dengan kau orang. Semoga kita sama – sama rajin menggosok baju selepas ini!



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)