Assalamualaikum semua :)
Pada
sambutan hari guru yang lepas, nia ada dapat hadiah reed diffuser jenama
Kaison daripada rakan sekerja. Sebelum ni kalau jejak kaki dalam Kaison selalu
je nampak reed diffuser dekat rak dia orang tetapi tak pernah terlintas
di hati untuk membeli. Sebabnya, akan ada sahaja orang memenuhi ruangan
tersebut untuk memilih pelbagai bauan yang memikat hati masing – masing.
Walaupun nia tahu reed diffuser ni ada ramai peminat tetapi masih belum
dapat meracun nia lagi. Bak kata orang putih, yet. HAHA
Jadi,
reed diffuser ni apa sebenarnya?
Liquid
air fresheners in a narrow – necked bottle with long ‘sticks’ inserted in to
the liquid. (sumber: poison control)
Terjemahan:
Cecair pewangi udara yang diletakkan dalam botol berkepala kecil bersama batang
panjang yang diletakkan ke dalam cecair tersebut.
Boleh
faham ke maksudnya?
Senang
cerita, reed diffuser ni salah satu pewangi udaralah. Ataupun dengan
kata lainnya, air fresheners.
Semenjak
dah terjebak dengan penggunaan reed diffuser, ada beberapa bauan yang
telah nia cuba dan nia akan kongsikan di sini untuk rujukan kau orang semua. Kotlah
kau orang pun pengguna reed diffuser yang nak mencuba bauan baru. Ataupun
kau orang semua baru nak terjebak dengan penggunaan reed diffuser tetapi
tak tahu nak pilih bauan yang mana satu.
1
– Forrest
Forrest
ni baunya seperti kayu – kayan dan pokok serta daun dalam hutan selepas hujan.
Nia suka sangat bau ni, nyaman dan menenangkan. Tahap baunya kuat yang mana
kalau kau orang letak dalam bilik, segenap ruang dalam bilik itu ada baunya. Nia
cadangkan kau orang letak dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas,
kelas, bilik rehat dsb.
2
– Jasmine
Seperti
namanya, jasmine ni baunya seperti bunga. Nia tak berapa minat dengan bau ini
tapi bila sesekali hidu tu akan terasa romantik dan exciting. Tahap
baunya sederhana. Maksudnya kalau kau orang berada dekat dengan batang reed diffuser
barulah kau orang boleh bau. Untuk bau ni, nia cadangkan kau orang letak dekat atas
meja belajar, meja kerja, dsb.
3
– Lime & Orange
Ini
satu lagi bau yang nia suka. Baunya seperti buah oren yang manis dan juga limau
nipis yang masam. Sesekali bila baunya lalu kat hidung, akan timbul rasa segar
dan nyaman. Adakala juga membuatkan perut terasa lapar, HAHA. Tahap baunya kuat,
sama seperti forrest. Bau yang ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik yang
tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.
4
– Sandal Wood
Sandal
Wood ini merupakan bauan kegemaran abah. Dulu The Body Shop ada
keluarkan satu perfume namanya Bowhanti dan baunya serupa dengan Sandal Wood
ini. Baunya seperti campuran rempah ratus dan kayu – kayan. Bila bau ni menusuk
hidung, mesti orang akan terpikat dengan gabungan baunya yang mahal dan unik. Orang
lelaki mesti suka bau macam ni sebab baunya maskulin, kuat dan tahan lama.
Tahap baunya sangat kuat. Nia cadangkan kau orang letak bauan ini di ruangan
yang besar seperti ruang tamu,
5
– Vanilla
Tipikal
bau vanila adalah seperti bau kek. Kalau kau orang nak tahu bau kek macam mana,
kau orang boleh beli essence vanilla dan cuba hidu. Begitulah bau sebiji
kek, harum, manis dan menggoda. Tahap baunya tak kuat, kadang – kadang baunya boleh
dihidu dan kadang – kadang pula hilang begitu sahaja. Seolah – olah macam tak
pakai reed diffuser. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau
orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.
6
– Ocean
Siapa
yang gemar pergi laut, mungkin akan tertarik dengan bauan ini. Baunya ada seperti
deruan angin di tepi pantai. Lembut membuai jiwa dan menenangkan kepala. Tahap
baunya juga tidak kuat seperti vanilla. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi
kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.
Itulah enam jenis bauan reed diffuser daripada Kaison yang telahpun nia cuba. Harapnya perkongsian nia kali ini bermanfaat untuk kau orang semua. Sampai berjumpa lagi, bye kau orang :)
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)