[CERITA
LAMA TAPI BARU NAK DIKONGSI, MAAFKAN SAYA]
Assalamualaikum
semua :)
Semasa
virus covid19 mulai mengganas di Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan arahan
supaya rakyat berkurung di dalam rumah dan hanya ketua keluarga sahaja
dibenarkan untuk membeli barangan keperluan harian.
Mula
– mula tu nia rasa seronok sebab dapat bercuti daripada kerja. Ingatkan sekejap
sahaja, dalam dua minggu macam tu tapi tak sangka pulak #pkp akan bersambung
sehingga berbulan – bulan.
Jadi
bila dah terlalu lama berkurung dalam rumah, nia jadi tertekan dan kemurungan.
Sebelum ni bebas nak pergi ke mana sahaja, tiada siapa nak kisah mahupun
peduli. Tapi kali ni baru keluar ke laman rumah, semua orang dah perhati je
gerak geri kita. Nak pergi ke kedai untuk beli barang pun jantung berdebar lain
macam. Mata melilau pandang kiri kanan. Dah semacam penjenayah je nia rasa
ketika tu.
Semasa
#pkp dilaksanakan, budaya bekerja dari rumah mula diperkenalkan buat pertama
kalinya. Seperti orang lain, nia juga berasa janggal serta terpinga – pinga nak
menyesuaikan diri dengan budaya baru ini. Bekerja dari rumah merupakan satu
budaya asing dan macam biasalah, nak biasakan diri dengan sesuatu yang baru
mesti akan ambil masa. But like I said earlier, I’m getting stressed from the
lockdown.
Makanya,
nia takde mood nak bekerja. Nia langsung tak nak ambil tahu cara melaksanakan
kelas online, melakukan aktiviti dengan pelajar dan sebagainya.
Nia
tak tahulah pihak pengurusan mahupun cikgu – cikgu lain perasan ataupun tidak
tetapi nia tahu performance nia jatuh teruk. Kerja memang nia buat ala
kadar sahaja. Lepas tu idea semua bagi last minute. Bila ada
perbincangan, nia lebih suka dengar dan perhati daripada turut serta. Lesson
plan pun nia recycle je. Malas nak cari idea dan malas nak fikir
aktiviti menarik.
Kalau
tak sebelum ni, nia mesti akan cari pelbagai aktiviti menarik dekat internet
untuk dijadikan rujukan. Sebab iyelah, kalau belajar menghadap buku sahaja pun
membosankan jugak. Jadi bila ada pelbagai aktiviti, takdelah budak – budak rasa
pembelajaran tu kurang menarik.
Apabila
lesson plan pun nia dah malas nak buat, nak mengajar kelas online lagilah malas
jadinya. Langsung tak bersemangat nak mengajar. Nia punya hilang semangat
mengajar tu sampai tahap tak mandi pun hanya basuh muka sahaja dan terus buat
kelas online. Kau orang boleh bayangkan tak?
Penampilan
mengajar masa tu, selekeh habis. Sarung kemeja – t dengan tudung sarung je.
Kadang tu, pakai baju tidur je masuk mengajar. Budak – budak tengok pun takde
semangat nak belajar. Sarapan pun nia tinggalkan, biar je perut kosong. Lepas
habis kelas online, nia tidur.
Lifeless.
Itulah
kehidupan nia semasa #pkp1.0.
Bila
dah masuk #pkp2.0 dan juga #pkp3.0, nia dah mula menyesuaikan diri dengan
keadaan berkurung dari rumah jadi aktiviti harian nia pun mulai berubah. Nia
cuba untuk bangun pagi dan ambil sarapan. Bila masuk tengah hari, nia masakkan makanan
untuk abah. Petang – petang, nia cuba buat aktiviti dekat luar supaya tak rasa
rimas asyik terkurung dekat dalam je.
Nia
perasan bila aktiviti harian nia berubah, rasa tertekan tu hilang. Pengajaran
yang nia dapat daripada #pkp1.0 adalah nia perlu buat aktiviti yang
menyeronokkan ketika berkurung dalam rumah. Jangan layankan sangat perasaan
tertekan itu. Create new hobby. Antara hobi yang nia buat semasa #pkp
ialah mewarna, membaca dan berkebun. Bila kita ada benda yang nak dibuat, kita
takkan terasa terkurung sangat.
Kau
orang punya pengalaman menghadapi #pkp macam mana pulak?
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)