Monday, June 5

DRAMA: Strong Woman Do Bong Soon

Assalamualaikum semua :)

Nia dah habis tengok drama Strong Woman Do Bong Soon, jadi nia nak kongsikan review mengenai drama lakonan ZE:A Hyung Shik dengan Park Bo Young ni.
*                            *                            *                            *                            *                                        *
Drama ni mengenai seorang perempuan bernama Do Bong Soon yang mempunyai kekuatan yang luar biasa sejak daripada lahir. Disebabkan kekuatannya yang luar biasa, Do Bong Soon telah menimbulkan banyak masalah sejak kecil. Satu hari, Do Bong Soon telah membelasah sekumpulan gangster yang membuat kacau di tengah jalan.



Kejadian itu disaksikan oleh Ahn Min Hyuk daripada jauh yang sedang membuat panggilan kepada pihak polis untuk meminta bantuan. Ahn Min Hyuk yang pada ketika itu sedang mencari pengawal peribadi untuk melindungi dirinya daripada bahaya memutuskan untuk mengambil Do Bong Soon bekerja dibawah syarikatnya sebagai seorang pengawal peribadi.

Semasa Do Bong Soon ditemuduga, Ahn Min Hyuk cadangkan agar mereka berdua lawan tangan untuk tengok siapa yang lagi kuat. Kalau dilihat daripada fizikal, sudah tentu Ahn Min Hyuk akan menang dan mampu mengalahkan Do Bong Soon namun hal sebaliknya yang terjadi. Do Bong Soon menglahkan Ahn Min Hyuk tanpa perlu memerah keringat.

Ahn Min Hyuk masih tidak percaya dengan apa yang terjadi jadi dia pun menyuruh pembantu peribadinya iaitu En Gong untuk chicken fight dengan Do Bong Soon. Pada mulanya En Gong menolak suruhan Ahn Min Hyuk tetapi apabila ditawarkan kereta milik Ahn Min Hyuk terus sahaja En Gong setuju.

Hasilnya?



En Gong kalah dengan cedera teruk di tulang belakangnya. Dia terpaksa dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu untuk pulih seperti sedia kala. Melihatkan kekuatan Do Bong Soon yang terbukti luar biasa, Ahn Min Hyuk terus sahaja menjadi dia sebagai pengawal peribadi.

Secara keseluruhannya, drama ni sangat santai dan kelakar. Nia suka tengok bahagian bilamana Do Bong Soon bercakaran dengan Oh Dong Byung. Serius kelakar. Paling nia suka bila Do Bong Soon tolak meja sampai Oh Dol Byung tersepit antara meja dengan dinding kaca dengan bahagian Do Bong Soon angkat 10 kotak penuh terisi dengan A4.



Karakter Do Bong Soon yang mempunyai kekuatan luar biasa sudahpun menjadi satu tarikan yang sangat menarik pada pandangan nia. Ditambah pula dengan fizikalnya yang genit, kelemahannya dalam memahami perkataan bahasa asing yang mempunyai empat suku kata dan sikapnya yang berubah jadi lemah – lembut bila ternampak In Gook Doo iaitu kawan sejak kecil yang disukainya semenjak kecil. Benda – benda ni semua membuatkan karakter Do Bong Soon menjadi lebih menarik dan penuh dengan warna warni.

And yes, I like Do Bong Soon the most out of so many characters in this drama.

Jumlah episod: 16

Rating: 4.8 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.