DIARI GURU: Kenapa Pilih Albaghdadi Playtime Centre?

Assalamualaikum semua :)

Sejak nia bagitahu nia bekerja sebagai seorang guru tadika dekat Albaghdadi Playtime Centre (APC) Taman Cempaka Ampang, ramai yang bertanya kelebihan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang bernaung di bawah syarikat Albaghdadi Group.

Apa kelebihan menjadi tenaga pengajar di bawah syarikat Albaghdadi Group ni?

1 – Dapat sijil.

Sekarang ni, semua majikan memandang kepada sijil yang kita miliki. Sekiranya kita mempunyai banyak sijil kemahiran, lagi cerahlah peluang untuk kita diterima bekerja dengan syarikat tersebut. Dapat pula jika kita merupakan seorang graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran.


Memahami dengan kehendak majikan, Albaghdadi Group memberikan sijil untuk setiap kursus yang mereka adakan kepada para peserta. Macam nia, nia sudah ada dua sijil yang diberikan oleh Albaghdadi Group iaitu Sijil Tamhid dan Sijil Hafazan NADI.

Walaupun nampak macam remeh dan tidak berguna tetapi sebenarnya sijil – sijil yang melibatkan kemahiran ini amat berguna dan sangat membantu apabila kau orang semua nak memohon jawatan kosong yang berkaitan.

2 – Kursus diberikan secara percuma.

Ya.

Kursus dan latihan akan diberikan secara percuma kepada para peserta. Jadi untuk mereka yang tidak pernah kenal dengan Teknik Tamhid ataupun Teknik Hafazan Nadi, jangan risau. Kau orang akan diberikan kursus dan latihan yang berkenaan untuk memperkenalkan kau orang dengan teknik – teknik tersebut.

Apa maknanya ni?


Sekiranya takde pengalaman sekalipun, kau orang masih berpeluang untuk memohon jawatan dekat mana – mana cawangan Albaghdadi Group. Haaa, mantap ke mantap? HAHA.

3 – Boleh gunakan sijil sebagai sokongan apabila memohon pekerjaan.


Bila dah ada Sijil Tamhid dan Sijil Hafazan Nadi tadi, kau orang boleh gunakan kedua – dua sijil sebagai satu sokongan apabila memohon pekerjaan di mana – mana cawangan Albaghdadi Group.

Sepertimana yang kau orang sedia maklum, keutamaan dalam memilih calon temuduga adalah berdasarkan kemahiran yang dimiliki dan juga pengalaman yang sedia ada. Jadi kalau kau orang dah ada kemahiran, peluang untuk kau orang terpilih akan meningkat.

4 – Mempunyai cawangan di serata Malaysia.

Albaghdadi Group ni mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia. Jadi kau orang jangan risau kalau terpaksa berpindah ke tempat lain dan berhenti kerja sebab cawangan Albaghdadi Group ada banyak. Mesti salah satu tempat yang kau orang mohon jawatan kosong tu akan menerima kau orang.


Itulah antara kelebihan menjadi salah seorang tenaga pengajar yang bernaung di bawah Albaghdadi Group. Tunggu apalagi? Jom sertai Albaghdadi Group sekarang!

Sumber gambar: google.com

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi bersama Al Baghdadi.

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)