MOVIE: Kingsman The Golden Circle

Assalamualaikum semua :)

Macam biasa, setiap kali nia tengok filem yang baru pasti nia akan kongsikan review dekat blog kan? Jadi kali ni, nia akan kongsikan review untuk filem Kingsman The Golden Circle. Untuk pengetahuan kau orang semua, filem Kingsman The Golden Circle adalah filem yang kedua. Yang pertama Kingsman... tak ingat tajuk dia. HAHA

*******

Eggsy ataupun dikenali sebagai agen Galahad dalam organisasi Kingsman telah diserang oleh Charlie sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Eggsy berjaya menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh Charlie dan juga daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tapi Charlie mempunyai rancangan lain ketika menyerang Eggsy iaitu mahu menggodam ke pangkalan data Kingsman dan mendapatkan alamat tempat tinggal setiap agen Kingsman serta pangkalan utama organisasi tersebut. Setelah berjaya mendapatkan maklumat – maklumat tersebut, peluru berpandu dilepaskan ke udara untuk memusnahkan tempat tinggal agen Kingsman dan juga markas utama organisasi Kingsman

Merlin dan Eggsy pergi ke Kentucky untuk mendapatkan bantuan dan di sana mereka dikejutkan dengan kehadiran bekas agen Galahad, Harry yang mereka sangka telah ditembak mati oleh Valentine.

*******

Untuk sesiapa yang pernah filem Kingsman pertama mesti dah tahu yang dia orang punya babak berlawan tu sangat pantas, menarik dan mengerikan. Ye, mengerikan. Ada yang badan terbelah, jari ataupun tangan putus, batang leher patah dan macam – macam lagilah. Kalau sesiapa yang tak boleh tengok aksi – aksi ganas cenggini, nia cadangkan supaya kau orang tutup mata masa dia orang berlawan tu.

The Golden Circle ni merupakan satu organisasi besar yang terlibat dalam penjualan dadah secara besar – besaran. Ketua The Golden Circle adalah Poppy Adams, seorang wanita yang mempunyai pendidikan tinggi tetapi psiko dan kejam. Nia tak lupa babak Poppy suruh agen baru dia untuk masukkan agen lama The Golden Circle dalam mincer machine. Erghhhh!

Nama – nama yang digunakan oleh agen Statesman juga sangat unik. Ginger Ale, Tequila, Champange dan juga Whiskey. Ye, nama – nama yang dia orang guna semuanya nama arak sebab Statesman menjalankan perniagaan arak untuk melindungi organisasi rahsia mereka. Sebagaimana agen Kingsman, nama – nama yang digunakan tu hanyalah nama samara sahaja. Bukannya nama betul dia orang. Dah nama pun organisasi rahsia, kan?

Satu yang nia minat dengan filem Kingsman ni sebab dia orang sangat mementingkan adab dan sopan – santun. Nak berpergi berlawan pun, siap berpakaian sut lengkap dengan tali leher, blazer dan kasut berkilat. Kebiasaan filem – filem lain, kalau nak pergi berlawan tu semua pakai pakaian ala kadar je. Setakat TShirt dengan jeans ataupun baju lusuh. Tapi Kingsman tak. Pakaian dia orang kemas je sampai rambut pun tersisir rapi.

Lepas tengok filem ni, terus nia jatuh hati dengan lagu Take Me Home, Country Roads by John Denver. Klik video kat bawah ni untuk dengar lagu tu.


Rating: 3 / 5
Sumber video: youtube.com

4 comments:

  1. Replies
    1. tengok tengok, jangan tak tengok :) sedap cerita ni

      Delete
  2. byk yg bagi review ttg movie ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab filem ni baru lagi ditayangkan dekat panggung kot. Mrs Pip dah tengok ke filem ni?

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)