TIPS: Tempat Untuk Membuat Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum semua :)

Pada bulan Ogos yang lalu, nia telah membuatkan pelbagai carian untuk mencari satu tempat ataupun restoran yang sesuai untuk membuat sambutan hari lahir adik nia. Cari punya cari, nia jumpa dua tempat yang nia rasakan sesuai untuk membuat majlis sambutan hari lahir adik sebab menu dia ada masakan kampung dan juga harga yang ditawarkan berpatutan.

1 – Flora Café

Nia tertarik dengan menu yang disediakan oleh mereka sebab dia orang bukan sahaja tertumpu kepada makanan barat tetapi juga makanan kampung. Sesuailah kalau buat kat sini sebab abah dengan nenek nia tak berapa gemar makan makanan barat.


Malangnya, pihak pengurusan mereka mengambil masa yang lama untuk membalas kiriman email yang nia hantar. Seminggu kemudian tu barulah nia dapat balasan daripada dia orang yang mengatakan dia orang dahpun memberitahu pengurus kafe tentang email nia tu.

Memang tak jadi buat kat sinilah gamaknya. Sebab nia cari benda ni semua last minute, dua hari sebelum hari lahir adik baru sibuk nak survey bagai. Bak abah, dah nak terkucil baru nak cari tandas. HAHA.


Tapi tempat ni banyak orang yang cadangkan untuk buat sambutan hari lahir, makan malam romantik, majlis reunion dan sebagainya. Menu dan harga adalah mengikut pakej yang ditawarkan oleh pihak kafe.

Jadi, kalau kau orang berminat bolehlah singgah ke laman web mereka iaitu Flora Café. Dan ingat, kena buat persediaan seminggu awal. Bukannya macam nia, dua tiga hari sebelum.

Website: Flora Kafe
Alamat: Lot G.08B-1, Ground Floor The Ampwalk Ampang,Selangor.
Tel : 03-2161 8010  / 03-2858 6090

2 – Chemistry Lab, Shah Alam

Nia berminat nak buat sambutan hari lahir adik kat sini sebab tertarik dengan dekorasi restoran tu yang penuh dengan perkakas makmal sains. Daripada tembikar sampailah ke meja batu ataupun kayu yang terdapat dalam makmal sains semasa sekolah menengah dulu.


Disebabkan teringin nak merasai semua tu, jadi nia pun ambil nombor telefon pengurus kafe daripada instagram mereka. Konon – konon nak feeling remaja belasan tahun lagilah, boleh main – main dengan peralatan makmal sains. HAHA.

Kali ni, respon yang diberikan cepat tapi langsung tak berkaitan. Nia whatsapp pengurus kafe tu minta quotation harga untuk majlis sambutan hari lahir, pakej yang dia orang tawarkan dan menu yang disediakan apa semualah.


Tapi pengurus kafe tu balas ‘hai’ semata je. Ingatkan dia tengah menulis ke apa, nia tunggulah jugak. Tapi harammmm! Ehhh, sakit pulak hati. Orang whatsapp tanya macam – macam, dia balas balik dengan sepatah ‘hai’ je? Cepuk tiga das baru tahu!

Nia bagitahu kat abah pasal benda ni. Lepas tu abah cakap, mungkin nia salah nombor ataupun nombor tu orang lain yang guna. Nia balas, kot ye pun salah nombor, bagitahulah balik. Cakap salah nombor ke apa. Ni tak, hai sepatah tu je dia bagi balik. Herggghhh!


Kesimpulannya, nia buat sambutan hari lahir adik kat rumah je. Sakit kepala melayan karenah orang membuatkan nia hilang mood nak sambut kat tempat lain. HAHA. Lain kalilah adik yee.

Instagram: Chemistry Lab Cafe
Telefon: Shah Alam (03-55239988) Wangsa Maju (03 4131 1097)

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)