Wednesday, October 4

DRAMA: Beautiful Mind

Assalamualaikum semua :)

Kali ni, nia akan kongsikan review drama korea yang bertajuk Beautiful Mind dengan kau orang semua.

*******


Lee Young Oh merupakan seorang doktor di Hyunsung Hospital. Sekali pandang, orang akan nampak Lee Young Oh sebagai seorang doktor yang berani mengambil risiko, mempunyai wajah yang tampan dan tidak gentar untuk menyuarakan pandangan.

Tetapi apa yang orang tidak tahu ialah Lee Young Oh mempunyai masalah dengan otaknya. Disebabkan masalah tersebut, dia tidak mempunyai perasaan gembira, simpati, sedih, kecewa dan sebagainya seperti orang biasa.


Mengetahui akan kekurangan Lee Young Oh itu, ayah dia telah melatih doktor tersebut sedari kecil untuk mengenali perasaan orang lain melalui pergerakan muka dan anggota badan mereka. Sekiranya mereka tersenyum menampakkan gigi ataupun ketawa terbahak – bahak, itu menandakan mereka sedang gembira.

Namun, segalanya berubah apabila Lee Young Oh bertemu dengan Gye Jin Sung. Gye Jin Sung merupakan seorang pegawai polis yang dahulunya pernah mempunyai masalah jantung. Lee Young Oh berubah daripada seorang doktor hati kering yang hanya mementingkan reputasi dan kejayaan kerjayanya kepada doktor yang mempunyai rasa tanggungjawab dan keinginan menyelamatkan pesakitnya.

*******

Antara babak yang paling menarik perhatian nia ketika menonton drama ini adalah ketika Lee Young Oh dikhianati oleh teman wanitanya. Teman wanitanya mendedahkan rahsia keadaan Lee Young Oh yang tidak boleh bersimpati dengan orang lain kepada semua warga kerja di Hyunsung Hospital.


Kesan daripada tindakan tersebut, Lee Young Oh jadi terganggu dan terkejut kerana tidak menyangka rahsia yang dia jaga dengan rapi itu telah diketahui oleh teman wanitanya. Selepas kejadian tersebut, Lee Young Oh telah dibuang daripada Hyunsung Hospital kerana telah menyebabkan kematian seorang pesakit di hospital tersebut.

Akibat daripada itu, Lee Young Oh jadi patah semangat dan tidak lagi percaya bahawa dia merupakan orang yang layak untuk menjadi seorang doktor.

Walaupun ada babak romantik dalam drama ni tapi masih tak dapat nak mengatasi babak saspens dan serius dalam cerita ni. Semua babak romantik yang ada hanyalah ringan – ringan sahaja. Setakat berbual – bual mesra dan mengorat – ngorat manja gitu je. HAHA

Jumlah Episod: 14
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.