SHOP: Full Line Shawl by Thenana Shoppe

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia ada beli arabic fringe shawl daripada Thenana Shoppe dan nia sudahpun memberikan pandangan tentang shawl tu. Kalau kau orang terlepas entry tu, jangan risau. Kau orang boleh tekan link yang nia dah letak kat bawah ni.


Setelah berpuas hati dengan material kain arabic fringe shawl yang dijual oleh Thenana Shoppe, barulah nia berani untuk tengok shawl lain yang dijual oleh kedai atas talian tersebut.

Gelongsor punya gelongsor, tengok punya tengok, cari punya cari. Terjatuh hati pulak dengan full line shawl yang dia orang jual. Tengok feedback daripada pelanggan – pelanggan yang beli full line shawl tu sebelum ni semuanya positif.



Jadi, nia pun whatsapp tanya warna apa yang masih lagi ada stok dan terus beli sampai lima warna. Kenapa lima, kau orang tanya? Sebab nak jimatkan kos penghantaran. Zaman ekonomi meleset ni, apa yang boleh jimat kita kena jimatkan.

EH??

Lagipun, Thenana Shoppe ni memang ada buat tawaran. Beli lima helai shawl dan ke atas, kos penghantaran tu akan ditanggung oleh mereka. Kau orang tak payah bayar apa – apa untuk kos penghantaran.

Haaa, jimat ke jimat?

Harga Sehelai shawl = RM 11 ( tak termasuk kos penghantaran )
Harga Lima helai shawl = RM 55 ( termasuk kos penghantaran )


Tunggu apa lagi? Jom singgah Thenana Shoppe.

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)