DIARI GURU: Pelajar Diserang Virus!

Assalamualaikum semua :)

Nia dah pernah cerita dalam entry sebelum ni tentang tadika tempat nia bekerja telah diserang oleh virus. Kita orang sendiri pun tak tahu virus ni datang daripada mana sebenarnya. Tapi bila tanya dekat doktor masa kita orang cikgu – cikgu ni pergi ambil suntikan typhoid, doktor cakap ada kemungkinan virus tu datang daripada makanan.

Kalau ada yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang suntikan typhoid dan siapa yang perlu ambil suntikan typhoid ni, sila klik link yang nia dah letakkan dekat bawah ni.

>> Suntikan Typhoid, Siapa Yang Perlu Ambil? <<

Pelajar – pelajar kita orang diserang oleh virus ni bermula dengan seorang pelajar lelaki tiba – tiba sahaja muntah ketika sedang melakukan aktiviti petang iaitu solat Asar secara berjemaah. Sebelum muntah tu dia duduk dekat dengan cikgu – cikgu, pegang kain tak bagi lepas dan asyik merengek je. Biasa dia tak macam tu.


Lepas tu tiba – tiba dia muntah tapi sikit je dia muntah. Nia yang bersihkan sisa muntah dia dan cikgu lain bawak dia pergi ke tandas kot – kot dia nak muntah lagi ke apa tapi dia cakap tak nak. Dalam setengah jam lepas tu, dia muntah lagi sekali dan kali ni lagi banyak daripada tadi.

Esok tu, mak dia cakap dia demam panas dan selalu muntah – muntah. Ada lagi dua orang pelajar yang turut sama demam panas, muntah – muntah dan juga cirit – birit. Cikgu yang bersihkan muntah pelajar lelaki kali kedua tu pun sama kena demam panas dan muntah – muntah.

Dalam minggu yang sama tu, ada lagi dua tiga orang pelajar yang turut demam panas secara tiba – tiba dan muntah – muntah. Bila tanya dekat doktor tentang punca dia orang jadi macam ni, doktor cakap kemungkinan dia orang terkena virus yang berpunca daripada makanan.

Jadi kepada semua guru tadika diluar sana, tolong perhatikan murid – murid. Jangan bagi mereka makan makanan sebarangan dan makanan luar takut akan terkena jangkitan virus. Jangan bagi mereka masukkan jari ke dalam mulut jugak sebab tangan mereka kotor.


Please be healthy, guys.

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)