Showing posts with label diari guru. Show all posts
Showing posts with label diari guru. Show all posts

Friday, July 30

TADIKA: Aktiviti 2020

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ini nia dah pernah post tentang aktiviti yang dilakukan bersama pelajar pada tahun 2020. Tapi sebenarnya post tu tak habis. Entah kenapa, video tak boleh dimasukkan sehingga enam ketul. Tiga ketul video sahaja yang lepas. Makanya terpaksalah nia pecahkan post tersebut kepada dua bahagian.

Ini adalah sambungannya yee :)

1 – Simulasi Haji


2 - Wang


Macam mana dengan perjalanan kau orang sebagai seorang guru tahun ini?


Sumber gambar: google.com

Friday, June 18

TADIKA: Aktiviti 2020

Assalamualaikum semua :)

Nia selalu sangat dapat pertanyaan daripada orang lain, apa aktiviti yang selalu dilakukan di tadika sebenarnya? Selain daripada membaca, mengaji, mengira, menghafal, makan, buang air.

Di bawah ini, nia ada sertakan beberapa video pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh tadika nia pada tahun lepas iaitu tahun 2020.

1 – Big Book


2 – Fruitlicious Day

3 – Kibaran Jalur Gemilang

Bila nia tengok semula video – video ni, terasa rindu sangat dengan murid – murid nia.

Rindu nak mengajar.

Rindu nak gaduh dengan murid.

Rindu nak berkejar.

Rindu nak merajuk.

Rindu, rindu, rindu.

Betullah orang selalu cakap, bila ada depan mata menyakitkan hati tapi bila jauh dari mata tercari – cari.

Dasar manusia, tak reti nak menghargai orang yang ada depan mata. Itulah hakikatnya, ye tak?

Semoga keadaan pandemik ini akan beransur pulih dan kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.


Sumber gambar: google.com

Friday, April 23

DIARI GURU: Temuduga Tauliah JAIS

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah cerita tentang ujian bertulis untuk permohonan tauliah mengajar JAIS kan? Nia ada sediakan link dekat bawah sekiranya kau orang terlepas entry tersebut ataupun sudah lupa mengenainya, HEHE

[TAULIAH MENGAJAR JAIS 1]

Hari ni nia akan berkongsi sambungan cerita permohonan tauliah mengajar JAIS di peringkat seterusnya iaitu ujian lisan ataupun dipanggil sebagai temuduga.

Untuk pengetahuan kau orang semua, ujian temuduga yang nia kena hadiri ni diadakan di bangunan majlis agama islam selangor (MAIS) yang terletak di shah alam. Bangunan MAIS berada bertentangan dengan pintu masjid shah alam nombor 8. Sekiranya kau orang bercadang nak menaiki teksi mahupun grab untuk ke sana daripada Ampang, anggaran tambang perjalanan satu halanya adalah RM41 – RM 43.

Masa hari temuduga tu, nia pergi sekali bersama abah dan adik dengan menaiki kereta sewa sebab kereta wira milik abah ada masalah. Jadi abah tak bagi bawak kereta tu, takut di tengah – tengah perjalanan nanti ada masalah pulak.

Ikutkan perancangan awal, nia sepatutnya pergi temuduga tu dengan pengurus nia. Tapi pada hari kejadian, pengurus tak dapat nak pergi temuduga disebabkan ada masalah yang tak dapat nak dielakkan. Jadinya nia pergi sendiri.

Nia dah keluar daripada rumah seawal pukul 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya nanti. Siapa yang tinggal ataupun bekerja di bandaraya Kuala Lumpur pastinya kau orang semua sudah sedia maklum dengan kesesakan di jalan raya sewaktu hari bekerja.

Jadinya nia keluar awal pagi untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas seterusnya menyebabkan nia terlambat sampai ke tempat temuduga. Nia minta tolong adik untuk drive kereta sebab nia tengah ketar lutut memikirkan nak temuduga nanti, HAHAHAHAHAHAHA

Nasib baiklah adik faham.

Walaupun nia keluar awal pagi tetapi trafik tetap juga sesak. Kereta banyak sangat pagi tu terutama sekali kat kawasan sekolah. Tapi nia memang dah jangkakan keadaan trafik akan sesak pada pagi tu sebab hari sebelum tu nia dah cuba drive daripada rumah ke tempat temuduga. Nia nak dapatkan anggaran masa yang akan diambil untuk sampai ke destinasi.

Dalam pukul 730 pagi, nia dah sampai kat bangunan sultan aziz shah. Disebabkan kita orang sampai awal, nia ajak abah dengan adik untuk pergi sarapan dekat kafeteria berdekatan. Seorang pekerja pun takde lagi kat kafeteria, mungkin masing – masing belum sampai lagi agaknya.

Nia ambil mee goreng tapi baru tiga suap masuk mulut, nia dah tolak pinggan ke tepi. Bukan sebab nia takde selera tapi mee goreng tu manis! Masya Allah, putus terus selera makanku. Abah makan nasi goreng kampung, nia minta sikit sebab memang tak boleh nak telan mee goreng manis tu

Lepas makan, kita orang semua duduk dekat lobi. Masa tu anggaran pukul 745. Baru nak duduk bersantai – santai menghilangkan gemuruh tiba – tiba perut memulas pulak. Terus nia pergi tandas dan buang segala isi yang nak keluar daripada perut tu. (Ada yang muntah ke? Ampunnnnn)

Selepas buang air besar, nia pun naik ke tingkat 7 dengan ditemani adik. Cuak nak naik seorang – seorang, kenapa entah. Mengada kot, HAHAHA

Sampai tingkat 7 terus nia mendaftarkan diri untuk temuduga dekat kaunter pendaftaran. Nia serahkan sekali semua dokumen yang mereka perlukan iaitu borang, salinan ic dan sijil akademik yang telah disahkan. Macam biasa, kena turunkan tandatangan kat borang kedatangan dan pastikan segala butiran diri yang tercatat di situ adalah betul. Kalau ada ralat, bagitahu terus dengan pegawai yang bertugas.

Kemudian pegawai berikan nombor giliran dan dia minta nia untuk duduk dulu sementara menantikan kedatangan pegawai temuduga dan juga para peserta yang lain. Dan sejujurnya, penantian itu adalah satu penyeksaan ye tuan – tuan dan puan – puan.

Nak ulangkaji soalan temuduga, nia sendiri baru pertama kali ditemuduga untuk tauliah mengajar ni. Jadi tak boleh nak tebak soalan yang bakal ditanyakan nanti. Sudahnya nia menelinga sahaja perbualan peserta lain. Ada diajak berborak sama tapi nia takde hati nak turut serta.

“Cik Nia Emkay!”

Akhirnya, nama nia dipanggil. Tepat pukul sembilan sesi temuduga berlangsung dan nia merupakan peserta pertama untuk ditemuduga Laju nia angkat tangan dan menghampiri pegawai yang panggil nama tu. Dia suruh nia masuk dalam bilik temuduga.

Pintu bilik nia ketuk dan salam diberikan untuk panel temuduga di dalam. Nia duduk bertentangan dengan dua orang panel; dua – dua lelaki. Seorang nampak tegas, seorang lagi nampak santai. Panel suruh bagitahu nama, alamat dan kelayakan. Kemudian, bagitahu tujuan mohon tauliah.

Soalan – soalan yang ditanyakan oleh panel temuduga semuanya berkaitan dengan akidah seperti rukan islam, rukan iman, sifat 20, asmaul husna dsb. Kat bawah ni, nia sertakan sekali beberapa soalan yang nia ingat sewaktu ditanya oleh panel temuduga tempoh hari.


Soalan pertama: Anak dapat 3C dan nak jadi doctor, sebagai seorang pakar motivasi apa yang kita bagitahu?

Jawapan: kaitkan dengan percaya kepada qada’ dan qadar dan juga percaya kepada Allah.


Soalan kedua: Kalau tak pergi haji dan bayar zakat, lengkap tak rukun islam?

Jawapan: sah, pergi haji dan bayar zakat hanya untuk mereka yang berkemampuan.


Soalan ketiga: Sebutkan semua sifat 20. Kemudian, terangkan maksud beberapa sifat 20 yang disebut pihak panel secara rawak.

Jawapan: nia nyanyikan lagu sifat 20. Sifat 20 yang ditanya nia tak ingat, maaf.


Soalan keempat: Maksud qada’ dan qadar, Allah boleh tukar tak takdir yang telah ditetapkan?

Jawapan: qada’ dan qdar adalah ketentuan Allah swt dan ianya tidak boleh ditukar.


Soalan kelima: nyatakan maksud air mutlak dan muqayyad serta sebutkan perbezaannya. Macam nak jadikan air sirap kepada air mutlak?

Jawapan: air mutlak ialah air yang suci untuk digunakan. Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan dengan sesuatu yang suci. Air mutlak boleh digunakan, air muqayyad tidak boleh. Suling air sirap menjadi air mineral untuk bertukar kepada air mutlak.


Setakat itu sahaja sesi temuduga nia dengan panel JAIS. Mereka pesan, keputusan temuduga akan diumumkan kemudian samada melalui panggilan telefon mahupun kiriman surat. Nia ucapkan terima kasih kepada panel dan terus keluar bilik dengan muka bangga dan senyum lega.

Kalau kau orang pun ada temuduga tauliah mengajar, nia sarankan datang awal. Biarlah kau orang menjadi orang yang pertama bersua muka dengan panel. Pagi – pagi, dia orang masih lagi segar dan belum penat mendengar jawapan peserta.

Pada saat nia menulis entry ini, nia sudahpun memiliki tauliah mengajar JAIS. Alhamdulillah, rezeki nia! Sekiranya nia boleh berjaya, kau orang pun pasti boleh berjaya juga. Nia doakan kau orang yang nak memohon tauliah mengajar ni agar dipermudahkan segala urusannya, amin.

Kalau ada apa – apa pertanyaan, kau orang boleh tuliskan dekat bahagian komen. InsyaAllah, nia akan menjawab pertanyaan kau orang semua. Cepat atau lambat jelah masalahnya, HEHEHE.

Alamat MAIS Shah Alam:  Tingkat 9 & 10, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor

No Telefon:  03-5514 3762

Friday, February 19

TADIKA: Doa Harian Untuk Pelajar

Assalamualaikum semua :)

Setiap hari, nia dan rakan guru yang lain akan melakukan rutin pagi bersama – sama dengan pelajar tiga puluh minit sebelum proses pembelajaran dan pengajaran bermula.

Rutin pagi ini dilakukan supaya pelajar boleh mengumpulkan semangat sebelum masuk ke dalam kelas. Tak semua pelajar jenis masuk sekolah terus ceria gembira. Mesti ada pelajar yang masuk sekolah dengan tangisan. Kadang kala tu meraung menjerit kena paksa masuk sekolah oleh ibu bapa masing – masing.

Jadi dengan melakukan rutin pagi, guru – guru boleh mengubah haluan perasaan pelajar daripada muram dan sedih kepada seronok dan gembira.

Selain daripada itu, rutin pagi ini juga boleh menjadi amalan harian setiap pelajar.



Kebiasannya rutin pagi dimulai dengan bacaan Asmaul, bacaan selawat, bacaan istighfar, bacaan zikir dan juga bacaan doa – doa harian. Selesai sahaja bacaan – bacaan tersebut, guru – guru boleh selitkan dengan ucapan selamat, tema mingguan / bulanan, tanya hari dan bulan, dsb.

Untuk kali ini, nia akan kongsikan video untuk beberapa doa yang kebiasaannya dibaca oleh pelajar dan guru ketika rutin pagi.

Doa Dhuha – UNIC


Doa Iman – UNIC



Doa Rabitah – UNIC



Doa Tilawah – The Helmi



Doa Taubat – UNIC



Doa Sihat Tubuh Badan



Doa Menghindar Dari Kesusahan – UNIC



Doa untuk Ibubapa - Raqib Majid



Nota kaki: kalau ada pautan video yang tak boleh dimainkan, tolong maklumkan nia di ruangan komen tau :)

Sumber video: youtube.com
Sumber gambar: google.com

Friday, July 31

TADIKA: Anak Tak Nak Ke Sekolah Sebab Cikgu, Jangan Terus Serang!

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak kau orang semua berhadapan dengan situasi anak tiba – tiba tak nak ke sekolah?

Bila kita kejutkan bangun pagi, elok sahaja dia bangun dan bersihkan diri. Kemudian duduk bersarapan pagi sama – sama dan bergerak keluar untuk menuju ke sekolah. Tapi bila dah sampai kat sekolah, meraung tak nak masuk dan minta dihantarkan balik ke rumah. Pulakkkkkkkk

Sebelum ni elok sahaja dia ceria dan riang bila diajak ke sekolah. Malahan setiap kali balik dari sekolah, ada sahaja cerita yang nak dikongsikan bersama. Tapi sekarang bila diajak bercerita tentang sekolah, airmata yang luruh bersama lelehan hingus. Aduhhhh, parah ni.

Bila ditanya sebab tak nak ke sekolah, dia berikan aneka jawapan. Cikgu garang, cikgu denda, cikgu marah, cikgu cubit, cikgu itu, cikgu ini.

Sebagai ibubapa, tentu sahaja rasa marah dan geram akan meletus dalam jiwa bila dengar rintihan anak – anak. Tambahan pula bila sebelum ni anak takde masalah nak ke sekolah tapi sekarang merengek meraung tak nak pergi sekolah lagi.

T       A       P       I                           T       A       P       I                           T       A       P       I

Jangan bertindak terburu – buru.

Jangan buat keputusan melulu.

Jangan hilang pertimbangan akal yang rasional.

Apa tindakan yang perlu ibubapa ambil untuk menyelesaikan masalah ini?



1 – Cerita situasi pada pihak pengurusan

Tindakan pertama ibubapa perlu ambil ialah menceritakan situasi yang dialami sekarang kepada pihak pengurusan sekolah. Samada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, whatsapp, telegram ataupun mana – mana saluran yang digunakan oleh ibubapa untuk berhubung dengan pihak pengurusan sekolah.

Nia ulang sekali lagi ye, ceritakan situasi pada pihak pengurusan sekolah.

Jangan cerita pada guru kelas ataupun mana – mana guru lain. Dan jangan dicanangkan pula situasi tersebut kepada mana – mana ibubapa yang turut menghantar anak masing – masing ke sekolah tersebut. Hanya maklumkan kepada pihak pengurusan sekolah sahaja.

Kenapa pihak pengurusan sekolah je yang boleh tahu?

Supaya mereka boleh siasat terlebih dahulu mengenai situasi berkenaan. Kalau ibubapa dah bising – bising tentang perkara yang belum ada kepastian, susahlah untuk pihak pengurusan menyiasat tentang perkara ini.

Selain itu untuk mengelakkan juga ibubapa lain daripada menyimbah minyak ke dalam api yang tengah marak. Kadang – kadang isu tu berpunca daripada salah faham sahaja tapi bila dah dicanangkan ke sana ke mari, pemahaman masing – masing pulak berbeza terus jadi masalah besar.

Jadi, ceritakan situasi hanya pada pihak pengurusan sekolah supaya mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya seperti bertanya pada murid dan guru, mengumpul bukti, dsb.

2 – Jumpa dengan pihak pengurusan serta guru kelas

Sekiranya boleh, jangan hanya berhubung melalui telefon dan sosial media sahaja tetapi aturkan juga temujanji untuk berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah serta guru kelas bagi menyelesaikan masalah dengan cara berhemah.

Lagipun apabila mengadakan perjumpaan ni sedikit sebanyak boleh mengelakkan salah faham yang berkemungkinan akan timbul disebabkan masalah komunikasi.

Tapi kalau ibubapa tak sedia nak bersemuka dengan guru kelas, maklumkan pada pihak pengurusan. Mungkin rasa geram dan marah masih terbuku dalam hati, jadi tak boleh nak pandang bayang – bayang guru tu lagi kan. Takde masalah pun. Bagitahu je terus terang dengan pihak pengurusan. Mereka pun mesti faham.

3 – Minta pandangan

Mintalah pandangan daripada pihak pengurusan serta guru – guru berkenaan masalah yang dialami. Mungkin ibubapa buntu kerana tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah tersebut tetapi guru – guru ada penyelesaiannya. Jadi tak salah rasanya kalau ibubapa bertanyakan pandangan mereka. Tambahan pula kalau guru tersebut sudah lama berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Kanak – Kanak (PAKK).

Act dumb and you’ll learn :)

Sumber gambar: google.com

Friday, June 12

TADIKA: Tauliah Mengajar Bahagian 1 – Ujian Bertulis di JAIS Bangi

>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST, HARAP MAAF <<


Assalamualaikum semua :)

Pada bulan disember 2018, nia dan kawan – kawan sekerja nia telah menduduki ujian bertulis bagi tujuan mendapatkan tauliah mengajar guru tadika negeri Selangor.

Untuk pengetahuan kau orang semua, bukan sebarangan orang boleh menjadi guru tadika tau sebab setiap guru tadika wajib memiliki permit mengajar yang sah. Kalau tak ada permit mengajar, kau orang bolehlah isi borang untuk membuat permohonan tauliah mengajar.

Macam nia yang merupakan guru tadika islam, jadi nia perlu mengisi borang tauliah mengajar untuk dihantar ke pejabat JAIS. Bila dah isi borang, kau orang kena tunggu tarikh ujian bertulis yang bakal diadakan nanti.

Nia bertolak daripada tadika pada pukul 8 pagi dan sampai di JAIS Bangi anggaran pukul 8.30 pagi. Kita orang pergi ke kafeteria untuk mengalas perut sebelum menghantar borang di pejabat. Selepas menghantar borang, kita orang disuruh mendaftarkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Sebelum masuk dewan peperiksaan tu, nia rasa tenang je. Tapi bila dah melangkah masuk dalam dewan peperiksaan tu, bukan main berdebar lagi rasa dia. Rasa macam nak terkeluar jantung nia masa tu, punyalah kuat dia berdegup. HAHAHAHA

Soalan yang ditanya untuk ujian bertulis tu terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu akidah, ibadah, sirah dan juga tajwid. Ini untuk kategori tauliah khas tau. Kalau kau orang mohon tauliah untuk ceramah dan seumpamanya, ada bahagian bahasa arab, Al – Quran dan juga hadis.

Bos nia pernah mohon tauliah mengajar sebelum ni jadi dia pun bagilah kita orang soalan bocor ujian bertulis tu. Dia suruh kita orang baca perang dalam islam, rukan islam, rukun iman, jawikan petikan rumi dan juga tuliskan surah al – fatihah beserta baris.

T     E     T     A     P     I         T     E     T     A     P     I         T     E     T     A     P     I

Satu soalan pun tak masuk dalam ujian tu. Ai sho shed!

Nasib baiklah nia tak fokus ulangkaji dekat topik – topik yang bos nia bagitahu tu sahaja. Kalau tak, nia akan melangkah keluar daripada dewan peperiksaan sebaik sahaja nia habis menulis maklumat diri nia atas kertas jawapan. HAHAHAHA

Untuk pembaca – pembaca setia blog nia ni, nia akan kongsikan teruslah kat sini sebahagian soalan yang masuk dalam ujian bertulis yang nia duduki tu. Harapnya kalau ada diantara kau orang yang membaca ni dalam proses nak menduduki ujian bertulis juga, ianya boleh membantu kau orang dalam ulangkaji.

Bahagian Akidah:
Pengertian iman, islam dan ihsan. Siapakah ahli sunnah wal jamaah dan pengertiannya

Bahagian Ibadah:
Ketika haid boleh baca al – quran atau tidak dan berikan alasan. Senaraikan semua golongan yang boleh menerima zakat. Apakah yang dimaksudkan dengan surah makiyyah dan madaniyyah

Bahagian Sirah:
Mukjizat rasulullah dan contohnya. Surah pertama yang diturunkan dan sebab diturunkan

Bahagian Tajwid:
Contoh ikhfak syafawi dan izhar halqi.

Itulah sebahagian soalan ujian bertulis yang nia masih ingat. Yang lagi sebahagian dah hilang daripada memori nia. Soalan dia susah sangat agaknya sebab tu otak nia padam terus soalan tu daripada dalam memori. HAHAHAHA

Kepada yang bakal menduduki ujian bertulis untuk tauliah mengajar, semoga berjaya nia ucapkan. Jangan tergopoh – gapah nak menjawab soalan. Take your own sweet time. Kalau dah ulangkaji tapi terlupa, banyakkan selawat. Minta tolong dengan Allah.

Untuk yang tertanya – tanya tentang keputusan ujian bertulis nia, dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa saya telah lulus ujian bertulis ini!

Kalau nia boleh lulus, kau orang semua pun boleh lulus jugak. Jangan cepat putus asa, okey?

Oh ya, sebelum nia terlupa.

Ujian bertulis ni akan diadakan pada hari biasa sahaja. Ikut waktu pejabat. Dan ujian bertulis ni merupakan peringkat penapisan pertama bagi menapis pemohon – pemohon tauliah mengajar. Peringkat penapisan kedua adalah temuduga.

Once again, best of luck :)




Maklumat JAIS Bangi:

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT

Kompleks Islam Daerah Hulu Langat,
Persiaran Kemajuan Seksyen 16,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan


03-89202209 (T)
03-89201329 (T)
03-89201891 (T)
03-89222360 (F)

Sumber gambar: google.com

Friday, June 21

TADIKA: Lawatan ke Perpustakaan Shah Alam, Muzium Coklat & Kilang Gardenia

Assalamualaikum semua :)

Lawatan merupakan salah satu acara wajib yang diadakan bagi prasekolah. Malahan, aktiviti lawatan ini juga merupakan satu acara tahunan yang sangat dinanti – nantikan oleh para pelajar.

Buka sahaja sesi persekolahan di bulan Januari tempoh hari, murid – murid nia telah mula bertanyakan perihal lawatan tahun ini. Masing – masing sibuk nak tahu tempat yang bakal mereka lawati dan sudah tentu masing – masing berasa sangat tidak sabar untuk menyertai lawatan.



Untuk tahun 2019 ini, pihak APC Taman Cempaka Ampang membuat keputusan untuk membawa para pelajar melawat tiga tempat iaitu Perpustakaan Shah Alam, Muzium Coklat dan juga Kilang Gardenia.

Tempat pertama yang kita orang pergi ialah Perpustakaan Shah Alam. Aktiviti yang kita orang buat kat sini ialah main lego, tengok wayang dan senaman ringan.





Tengok wayang tu bukannya sampai satu dua jam ye, jangan salah faham pulak. Dia orang bagi tengok lima minit je. Sekadar nak bagi budak – budak ni rasa macam mana tengok wayang kat situ.



Bagi nia, kalau kau orang nak tengok wayang lebih baik pergi kat panggung wayang betul – betul. Sebab filem yang dia orang mainkan kat sini semuanya filem kartun dan tak mengikut peredaran masa sangat. Macam hari tu nia pergi, filem yang ada hanyalah filem – filem kartun lama seusia dengan Madagascar 2.

Satu lagi.

Tengok wayang kat sini kena bayar, okeyyyyyy.


    

Tiket dia orang sama harga dengan tiket wayang sebenar. Ingatkan dia orang bagi murah dalam RM 5 – RM 10 tapi takdenya. Tiket wayang dia sampai RM 15 weyh. Pergh, gila mahal. Baik tengok wayang betul – betul, boleh makan popcorn sekali.



Aktiviti main lego tu pun nia rasa macam tak berapa menarik sangat sebab kat tadika sendiri pun budak – budak ni selalu je main lego. Lainlah, dia orang suruh bina rumah ke, pedang ke, kereta ke dan siapa yang berjaya bina apa yang dia orang suruh tu akan diberikan sebuah buku. Haaaaa, menariklah jugak.









Yang nia tak puas hati sikit adalah penggunaan komputer. Perpustakaan tu ada sediakan komputer tapi dia orang takde pun nak tengok cara – cara menggunakan komputer kat budak – budak ni. Ajarlah dia orang cara nak buka tutup komputer ke apa. Sekurang – kurangnya bagilah dia orang main permainan kat komputer tu. Tapi takde.


    

Keseluruhannya, nia rasa tak berbaloi sangat bawak budak – budak ni ke Perpustakaan Shah Alam sebab aktiviti dia tak menarik dan pelbagai. Kalau kau orang bawak murid kau orang lawatan ke sini sekadar untuk baca buku semata, mungkin takde masalah. Tapi kalau kau orang harapkan aktiviti, tak payahlah bawak ke sini.









Tempat kedua ialah Muzium Coklat. Aktiviti yang kita orang buat kat sini hanyalah tengok proses pembuatan coklat. Itu sahaja.


Macam biasalah, sampai je kat muzium coklat tu dia orang akan bagitahu tentang sejarah coklat dan kemudiannya dia orang akan bawak budak – budak ni ke tempat pemprosesan coklat. Lepas dia orang tunjukkan proses pembuatan coklat, dia orang akan bagi budak – budak ni rasa coklat pulak.


Itu sahaja aktivitinya.

Okey, sebelum nia terlupa. Harga coklat kat sini MAHAL GILA!

Jadi, kalau kau orang nak borong coklat banyak – banyak jangan datang sini. Sila pergi ke kilang coklat macam Beryl’s ke apa. Harga coklat kat sini paling murah pun RM 10. Dahlah budak nia kebanyakkannya bagi duit RM 10 je, telan air liur jugak nia sekejap sebab terkedu tengok harga coklat dia mahal nak mati.

Cadbury satu bar besar tu dekat RM 20, weyh!

Tapi tulah, nia terlupa. Biasa kalau muzium jual barang – barang memang harganya akan mahal. Pasal apa, itu nia tak pasti. Tapi harga kalau tak sekali ganda, memang tak sah.

Harga coklat mahal satu hal.

Sikap pekerja dia satu hal.

Langsung tak mesra alam. Buat muka tak puas hati bagai. Eh kau ni! Ini sekali jelah aku datang muzium coklat ni. Lepas ni tak ingin lagi dah nak jejak kaki kat sini. HUH!

Kalau kau orang nak pergi muzium coklat ni, saranan nia baik kau orang pergi ke kilang beryl’s. Coklat kat sana lagi murah berbanding sini. Semurah RM 5 pun ada. Staf dia orang pun mesra alam. Siap ada harga combo lagi kalau kau orang datang dalam lawatan sekolah.

Cakap je kau orang nak harga yang macam mana. RM 5? RM 10? RM 50? Staf dia sendiri yang akan pilihkan coklat yang bersesuaian dengan bajet kau orang.

Tempat terakhir yang kita orang lawat ialah Kilang Roti Gardenia. Dalam tiga – tiga tempat lawatan kita orang, kilang roti ni merupakan tempat yang paling nia suka. Satunya sebab bau roti semerbak harum sebaik sahaja kau orang melangkah masuk dalam bangunan kilang ni. Terus rasa nak kunyah roti. Padahal selama ni roti tergolek – golek je kat atas meja, langsung tak bersentuh. HEHE




Macam biasa, dia orang akan ceritakan sejarah roti dulu. Tapi penceritaan sejarah roti daripada gardenia ni sangat seronok dan tak membosankan sebab dia orang gunakan kartun dan orang yang menceritakan sejarah tu tak monotone. Banyak buat lawak dan selalu overreact.


Yes. When you’re handling kids, overreacting and humour is a must!

Habis je cerita sejarah roti, dia orang bawak budak – budak pergi tengok proses pembuatan roti. Kemudian, dia orang jamu pulak budak – budak ni minum petang dengan waffle dan juga milo panas. Untuk cikgu, dia orang bagi waffle dua keping dan boleh pilih nak air kopi ataupun teh tarik.




Kat kilang roti pun, dia orang ada sediakan harga combo kalau kau orang berhajat nak beli roti. Harga kombo yang ditawarkan adalah RM 5 dan juga RM 10. Untuk RM 5 tu kau orang boleh dapat sebantal roti panjang dan juga nutella. Murah kan? Dia orang juga ada jual cenderamata berupa beg, baju, topi, crayon dan lain – lain lagi.



Satu lagi sebab kenapa nia suka tempat ni dia orang bagi goodies bag!

Who doesn’t like free gift, aye? Especially when it involved food. Yummies!


    

Dalam goodies bag ada fluffy bun, waffle, kaya, squiggles. Jadi kalau kau orang tak nak beli roti kat sini sekalipun, kau orang tetap dapat bawak balik roti. Takdelah kau orang pulang dengan tangan kosong. Suka ke suka? HAHA.


    

Itulah sahaja cerita tentang lawatan tadika nia tahun ni.


Kau orang pulak macam mana? Melawat ke mana tahun ni? Jom cerita dengan nia, jom :)


Alamat Perpustakaan Shah Alam: Tingkat 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Alamat Muzium Coklat: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Alamat Kilang Roti Gardenia: Lot 3, Jalan Pelabur 23/1, Kawasan Miel, 40300 Shah Alam, Selangor

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.