DRAMA: Age of Youth

Assalamualaikum semua :)

Dari sehari ke sehari ayik bertangguh je nak buat review drama korea yang bertajuk ‘Age of Youth Season 1’ ni. Drama ni dah lama dah nia habis tengok tapi belum ada kesempatan nak buat review. Hari ni baru ada masa nak menaip tentang drama ni.

*******

Drama ni mengisahkan lima orang gadis yang duduk serumah di bangunan asrama yang bernama Belle Epoque. Antara empat orang gadis yang tinggal di sana ialah Yoo Eun Jae, Kang Yi Na, Yoon Jin Myung, Song Ji Won dan juga Jung Ye Eun.


Yoo Eun Jae merupakan yang paling muda dikalangan mereka berlima. Eun Jae adalah seorang gadis yang sangat takut untuk berjumpa dan bergaul dengan orang baru, berpindah ke tempat baru dan segalanya yang baru merupakan satu pengalaman yang mengerikan bagi dia. Eun Jae juga seorang yang penakut dan tidak berani untuk meluahkan rasa hati secara terang – terangan.

Kang Yi Na mempunyai muka yang lawa serta badan yang cantik. Perangainya yang suka cakap lepas dan berani menunjukkan perasaannya yang sebenar membuatkan teman serumahnya memandang tinggi terhadap Kang Yi Na. Dia juga merupakan gadis yang popular dikalangan lelaki dan sering bertukar teman lelaki. Disebabkan ini, teman serumahnya beranggapan Kang Yi Na bekerja sebagai seorang pelacur untuk menyara kehidupannya.


Yoon Jin Myung merupakan yang paling tua di kalangan mereka semua. Dia mempunyai pelbagai kerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup dan yuran pendidikannya. Jin Myung tidak banyak bercakap dan tidak suka masuk campur hal orang lain melainkan perlu. Disebabkan dia mempunyai kerja separuh masa yang banyak, jadi Yoon Jin Myung sering mempunyai masalah tidak cukup tidur.

Song Ji Won adalah seorang yang ceria, periang dan suka menyakat orang – orang di sekelilingnya. Dia merupakan seorang gadis yang suka minum arak dan berparti ada mempunyai masa lapang. Ji Won turut mempunyai keinginan untuk bercinta tetapi dia belum pernah ada teman lelaki. Song Ji Won juga mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka mereka – reka cerita dan menipu.


Jung Ye Eun pula sangat setia dengan teman lelakinya walaupun teman lelakinya seringkali menyakiti hati Ye Eun dan kadang – kala langsung tidak mempedulikannya. Namun, tak pernah sekalipun Ye Eun meluahkan rasa kecewa ataupun marah dengan teman lelakinya kerana dia takut akan ditinggalkan oleh teman lelakinya itu. Kelebihan Jung Ye Eun ialah dia akan berterus – terang tentang apa yang disukai dan dibencinya.

*******

Apa yang nia suka tentang drama ni adalah dilema yang diharungi oleh para remaja yang dipertontonkan kepada penonton. Setiap remaja pasti mempunyai masalah dengan teman rumah yang baru, salah faham dengan keluarga, kawan – kawan kolej yang baru dan juga hubungan cinta yang seringkali membuatkan mereka makan hati.


Setiap masalah yang dialami oleh lima gadis tersebut membuatkan mereka jadi semakin matang dan menjadikan hubungan antara mereka berlima semakin erat dan baik walaupun pada awal – awalnya mereka mempunyai salah faham antara satu sama lain.

Jumlah Episod: 12
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)