SHOP: Fruit Crepe Sedap & Murah

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada beli fruit crepe ataupun crepe buah – buahan secara atas talian. Sebenarnya nia dok asyik teringin nak makan durian crepe, jadi nia pun carilah kat instagram kot – kot ada peniaga yang jual durian crepe berserta dengan perkhidmatan penghantaran sampai ke rumah.

Cari punya cari nia pun terjumpa dengan ig fruitcrepe. Dia orang ada jual durian crepe dan juga fruit crepe. Antaranya buah – buahan yang dia orang gunakan untuk buat fruit crepe tu ialah durian, strawberry, blueberry dan juga manga. Jadi, nia pun terus pesan kat seller tu untuk beli enam bekas fruit crepe.



Kalau kau orang nak tahu, dia orang jual fruit crepe dengan durian crepe tu guna dua bekas. Satu bekas ada enam biji dan satu bekas lagi ada lapan biji. Yang enam biji tu RM 12, yang lapan biji tu pula RM 15.

Antaranya crepe yang ada dijual oleh dia orang ialah durian crepe gebu, sweet strawberry crepe, creamy blueberry crepe, juicy mango crepe, choco milo crepe, blacky oreo crepe and nutty nutella.

Kalau sebut durian crepe tu memang dah biasa sangat kita rasa, kan? Tapi macam mana pulak dengan fruit crepe?


Kalau kau orang belum pernah cuba lagi, bolehlah cuba sekarang. Rugi kalau tak cuba sekarang! Dahlah sedap menjilat jari, lepas tu kalau beli satu bekas je tak cukup mesti nak kena beli dua tiga bekas. HAHA

Oh ya dia orang jugak ada sediakan perkhidmatan penghantaran sampai ke rumah. Kalau kau orang tinggal berdekatan dengan kawasan ampang, kos penghantaran yang akan dikenakan ialah RM 7. 

2 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)