Saturday, December 23

DARI HATI: Penyelesaian Cara Mudah

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, JongHyun. Ramai peminat terkejut dengan berita pemergiaan penyanyi tersebut yang dianggap berlaku secara tiba – tiba malahan ada juga yang tidak dapat menerima hakikat bahawa JongHyun telah pergi selamanya.

Nia tak nak cerita panjang lebar tentang punca dan sebab kematian penyanyi pujaan para remaja itu di sini. Sekiranya kau orang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kematian JongHyun, sila tekan link yang nia dah letakkan di bawah ini.



Apa yang nia nak kongsikan dekat sini pada hari ini ialah tindakan sesetengah orang, tidak kira muda ataupun yang sudah berusia, yang suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah masing – masing. Dalam kes JongHyun ni, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana sudah terlalu penat berdepan dengan masalah dan dilema yang menghantui kehidupan dia.

Nia tak tahu masalah sebenar yang dia alami dan sedang hadapi tapi membunuh diri bukannya satu cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah. Malahan dengan keputusan dia untuk membunuh diri telah meninggalkan satu luka yang sangat besar pada ahli keluarga dan juga kawan – kawan rapat dia.

Ambil ibu JongHyun sebagai contoh sudahlah.

Apabila dia dapat tahu JongHyun membunuh diri dengan alasan tertekan dengan masalah yang dia alami, pasti ibu dia akan menyalahkan diri sendiri sebab tak boleh nampak keadaan anak dia yang sedang bertarung sendirian. Mesti ibu dia akan cakap yang dia bukannya seorang ibu yang baik sebab tak boleh nak menyokong anak sendiri dan menyelematkan anaknya daripada kemurungan.

Luka akibat daripada tindakan JongHyun tu tidak berhenti setakat itu sahaja. Kemana sahaja keluarga mereka pergi, pasti ada desas – desus dan tudingan jari yang mengekori mereka semua. Kata – kata seperti ‘anak dialah yang bunuh diri hari tu’ akan selalu menampar pendengaran mereka.

Dan walaupun mereka nak melupakan peristiwa hitam itu, masyarakat sekeliling tidak membenarkan mereka untuk berbuat demikian. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang dua yang akan mengingatkan mereka tentang kejadian malang ini.

Jadi tolonglah, jangan mudah sangat terfikir untuk membunuh diri. Kalau ada terlintas nak bunuh diri, tolong fikirkan pengorbanan ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan. Bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Berkerja keras untuk memberikan makanan, pakaian dan pelajaran kepada kita semua.

Kalau tengah tertekan, cari kawan untuk kongsikan masalah. Jangan pendam seorang – seorang. Kalau kawan takde seorang pun yang sanggup mendengar, ahli keluargakan ada. Sekurang – kurangnya ibu kita pasti akan mendengar segala rintihan dan luahan hati kita. Kalau tak boleh juga, jumpa dengan doktor. Minta nasihat. Kalau perlukan rawatan, buat rawatan.

Jangan.

Jangan sesekali, terfikir untuk membunuh diri.

Please.

Treasure yourself more.


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.