DARI HATI: Suruh Anak Pakai Tudung Sedari Kecil. Relevan Ke?

Assalamualaikum semua :)

Sejak kebelakangan ini, nia ada baca banyak artikel mengenai keburukan ibu bapa memaksa anak – anak mereka untuk memakai tudung sedari kecil dan ada juga artikel yang membantah tindakan para ibu bapa mengajar anak – anak untuk bertudung. Jadi, hari ni nia akan bagitahu pandangan nia sendiri tentang tindakan ibu bapa yang memakaikan tudung kepada anak – anak mereka sejak kecil.

Pertama sekali, takde ibu bapa yang akan memaksa anak mereka untuk memakai tudung sedari kecil. Ibu bapa sekadar menjadikan pemakaian tudung sebagai amalan harian ataupun rutin untuk anak – anak kecil ini supaya mereka terbiasa memakai tudung. Hari – hari akan dipakaikan tudung supaya mereka tidak rimas dan jadi biasa bertudung.

Tetapi kalau anak itu rasa tak selesa dan nak buka tudung mereka, tentu sahaja para ibu bapa akan bukakan tudung itu. Bukannya menjegilkan mata dan mengetap bibir sebagai isyarat tidak bagi mereka membuka tudung tersebut. Ibu bapa sendiri pun tahu. Anak – anak yang berada di bawah umur aqil baligh tidak diwajibkan untuk menutup aurat dengan sempurna lagi.


Gambar atas ini merupakan contoh untuk ibu bapa yang amalkan pemakaian tudung. Ada hari tudung melayang, ada hari tudung kat kepala

Namun itu tak bermakna ibu bapa hanya boleh melatih mereka untuk menutup aurat apabila mencecah umur baligh sahaja. Latihan itu perlu dilakukan sedari awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah jadi rebung baru nak diperbetulkan, memang payah jawabnya. Ingat. Anak – anak itu ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kain putih tersebut.

Pengalaman nia sendirilah, ibu dengan abah tak pernah paksa nia untuk bertudung masa kecil. Bila pakai tudung pun, sekejap je terletak kat atas kepala. Selebihnya tersimpan dalam beg ibu. Biasalah, budak – budak kan? Dah berlari ke sana ke sini, joget ke kiri ke kanan, lompat bintang lima enam kali. Terus berpeluh dan rasa rimas nak pakai tudung.

Bila nia buka tudung tu, ibu tak cakap apa pun. Ibu cuma ambil tudung dan simpan dalam beg. Abah pun takde kata apa. Sebab mereka tahu nia masih kecil dan masih dalam proses belajar serta menyesuaikan diri dengan amalan memakai tudung. Takde pun nia kena cubit ke, kena piat telinga ke sebab buka tudung.

Teacher geram dengan kecomelan Annisa Qanitah, HAHA

Keduanya, mendidik anak adalah hak dan tanggungjawab ibu bapa. Orang luar jangan pandai – pandai nak masuk campur. Mereka nak pakaikan anak – anak perempuan mereka tudung sejak kecil pun, itu hak mereka dan orang lain tak boleh nak pertikaikan tindakan yang mereka ambilkan. Melainkan tindakan yang mereka ambil itu salah dan bertentangan dengan ajaran agama, barulah orang luar boleh campur tangan.

Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mencorakkan anak – anak mereka dan setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri dalam mewarnakan kain anak – anak mereka. Jadi kita sebagai orang luar jangan jadi terlampau prihatin dan terlalu baik hati dengan selalu mengkritik dan memberikan nasihat kepada para ibu bapa di luar sana.

Kita sebagai orang luar ni, hanya mampu memberikan nasihat dan kritikan sahaja. Tak lebih daripada tu. Belum pernah lagi nia tengok orang yang komen dan kritik macam – macam dekat Facebook dan Instagram ni yang buat follow – up dengan ibu bapa yang dia orang kritik tu untuk mengetahui perkembangan anak – anak dia orang. Semuanya sekadar berborak kosong untuk menyakitkan hati orang lain je.

Jadi lagi sekali nia ingatkan. Ibu bapa tak pernah memaksa anak – anak untuk pakai tudung dan mendidik anak – anak adalah hak dan juga tanggungjawab mereka. Orang luar, jangan campur tangan.


Kantoi Annisa Qanitah korek hidung, HAHA

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)