DIET: Minuman Detoks Campuran Jus Delima + Vitamin C

Assalamualaikum semua :)

Nia tak pernah langsung berkongsi tentang perjalanan diet nia dengan kau orang semua kat sini kan? Jangan tanya sebab apa nia tak pernah kongsikan perjalanan diet nia sebab semuanya kelaut. HAHA

Daripada sehari ke sehari asyik bertangguh je. Konon nak mula diet hari Isnin tapi bila Isnin ketuk pintu, terus hati bagi salam dan jawab suruh Selasa bulan depan ketuk pintu yee sebab mood nak diet belum lahir lagi. KAH KAH KAH

Dasar orang suka memberi sejuta alasan!

Okey, kembali ke tajuk entry. Tiba – tiba terlebih emosi dah kenapa, nia oiii. HAHA


Memandangkan nia dalam proses nak menurunkan berat badan sekarang ni, jadi pemakanan nia adakalanya tidak cukup karbohidrat atau protein ataupun serat dan sebagainya. Bila ada elemen yang tidak cukup, mulalah nia mengalami masalah susah nak buang air besar.

Disebabkan masalah tu, nia telah mencuba minuman campuran jus delima dengan vitamin c. Jus delima ni memang masam semasam – masamnya, okey. Pertama kali nia minum jus delima ni dahi berkerut sejuta kot! Tapi jus delima ni memang betul – betul membantu nia dalam menyelesaikan masalah pembuangan air besar.

Sekiranya kau orang baru pertama kali minum jus delima ni, antara kesan sampingan yang kau orang dapat ialah demam, batuk, tekak terasa pahit dan kerap buang air kecil. Tapi kesan sampingan ni hanya sementara sahaja sebab badan kau orang belum biasakan lagi dengan jus delima ni.

Macam nia jugalah dulu. Minggu pertama minum tu tekak selalu rasa pahit dan kerap batuk tapi bila dah masuk penghujung minggu kedua tu, dah mula okey dah. Pasal kerap buang air kecil tu memang sampai sekarang ada lagi. Selang dua tiga jam mesti nak masuk ke tandas. Tapi baguslah kan? Sebab boleh membantu proses pembuangan toksin dalam badan dan seterusnya boleh kurus!

Tapi selepas dua bulan penggunaan secara berterusan dan kesan sampingan masih ada, kau orang perlu berhenti minum jus delima ni. Mungkin tak sesuai dengan kau orang agaknya.

Kenapa nia tambah vitamin c?

Untuk membekalkan tenaga dan juga mencantikkan kulit. HEHE Sebab dulu nia rajin makan vitamin c yang dibeli daripada agen Shaklee iaitu AinShaklee tapi sekarang ni dah malas pulak nak makan. Cara paling mudah adalah dengan melarutkan vitamin c ke dalam air yang akan nia minum. Khasiat dia sama juga dengan vitamin c yang biasa. Bezanya yang ni boleh larut dalam air dan yang biasa tu tak boleh larut dalam air.

Cara membancuh minuman detoks jus delima + vitamin c ialah dengan melarutkan tiga sudu besar jus delima dan juga sebiji vitamin c jenis effervescent di dalam 700ml air kosong yang sudah disejukkan terlebih dahulu.

Tapi kalau nak pakai air suam pun boleh, cuma rasa masam jus delima tu akan berada pada tahap paling maksimalah. Untuk mengurangkan rasa masam tu, kau orang boleh gunakan air kosong yang sudah disejukkan terlebih dahulu. Kalau kau orang jenis yang suka minum benda – benda yang masam, bolehlah cuba pakai air suam. Tapi kalau kau orang tak boleh minum benda – benda masam, gunakan air kosong yang telah disejukkan terlebih dahulu.


Itu sahaja perkongsian nia untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca entry ni sampai ke penghujungnya :D


No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)