INFO: Poslaju Menyusahkan Pelanggan?

Assalamualaikum semua :)

Nia pasti semua pembaca blog nia ni merupakan pengguna setia ataupun pernah menggunakan servis penghantaran ekspres PosLaju untuk menghantar barang ke suatu tempat. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan servis PosLaju merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian ataupun usahawan yang baru memulakan perniagaan masing – masing.

Kalau kau orang semua ada baca komen – komen yang ditinggalkan oleh para pelanggan Poslaju dekat Facebook, Instagram dengan Twitter dia orang, kau orang boleh nampak ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran ekspres mereka berbanding mereka yang berpuas hati.

Antara sebab yang diberikan oleh mereka semua ialah dia orang kena ambil sendiri barang yang tersebut dekat Pejabat PosLaju (PPL) berdekatan ataupun di Ezibox yang berhampiran dengan rumah masing – masing, parcel berjalan ke serata tempat ataupun berpindah daripada satu PPL ke PPL yang lain, parcel disimpan dekat satu – satu PPL terlalu lama, penghantar barang tidak menelefon penerima parcel apabila tiada orang keluar untuk mengambil barang dan sebagainya.

Persoalannya, betul ke PosLaju ni menyusahkan pelanggan – pelanggannya?


Macam pengalaman nia sendiri dalam menggunakan perkhidmatan PosLaju dalam tempoh lima tahun ni, hanya sekali sahaja PosLaju buat hal dengan tidak menghantar parcel ke rumah. Itupun sebab website dia orang dalam proses maintenance dan tak boleh nak update tracking number parcel. Jadi bila dia orang tak dapat nak update tracking number parcel, penghantaran barang tak boleh dilakukan. Itu apa yang pegawai poslaju cakaplah.

Pasal parcel berjalan merata – rata sampai tersesat ke PPL yang tidak berkaitan dengan kawasan perumahan nia tu dah banyak kali nia kena. Pernah sekali tu, parcel nia ada PPL Balakong. Sepatutnya parcel tu dihantar ke PPL Cheras tapi tak. Parcel tu berjalan daripada PPL Balakong pergi PPL Brickfields pergi Pusat Mel Nasional baru sampai ke PPL Cheras.

Haa, nampak tak betapa jauhnya parcel tu berjalan? Daripada Balakong pergi Brickfields pergi Shah Alam dan patah balik ke Cheras. Hailaah, nasib baik nia tak pernah beli makanan secara atas talian. Kalau tak, memang berkulatlah makanan tu jadinya sebab dibawa jalan merata – rata tempat. TSK TSK.


Parcel tersimpan lama dekat satu – satu PPL. Yang ni lagi – lagilah dah biasa nia kena dengan poslaju. Paling sekejap dia orang simpan parcel adalah satu hari. Paling lama tiga empat hari. Kalau masa tu cuti umum, boleh maafkan lagi. Tapi masa hari bekerja pun parcel terperap lama – lama jugak. Apa yang nak diproseskan pun nia tak tahu.

Lepas tu bila telefon perkhidmatan pelanggan, tak pernahnya nak berangkat. Talian dia orang tu manjang je sibuk. Kalau tak sibuk, pegawai perkhidmatan pelanggan dia orang takde dekat pejabat ataupun keluar rehat. Apa gunanya dia orang suruh pelanggan – pelanggan telefon perkhidmatan pelanggan kalau begini gayanya?


Sekiranya kau orang semua pernah mengalami pengalaman – pengalaman yang nia sebutkan tadi, kau orang semua boleh membuat aduan secara atas talian di laman sesawang pos Malaysia yang dikenali sebagai efeedback. Kau orang tulis aduan tu banyak – banyak, baru dia orang akan layan.

Nia pun dah pernah buat aduan kat EFeedback jugak tapi cerita tu nia akan kongsikan dalam entry yang lain sebab entry ni dah panjang sangat. Kang kau orang bosan pulak baca celoteh nia panjang – panjang.

Senyum je memanjang walaupun poslaju selalu buat nia sakit hati, HAHA


EFeedback: https://efeedback.pos.com.my
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)