DARI HATI: Kau Doakan Aku Mati?!

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni terjadi satu salah faham antara nia dan juga seorang kawan nia. Ceritanya kawan nia dikejarkan ke hospital sebab penglihatan dia tiba – tiba sahaja hilang sebaik dia terjaga daripada tidur. Dia punya panik tak payah nak cakaplah sebab yelah, siapa je yang tak gelabah apabila penglihatan tiba – tiba hilang kan?

Dia menjerit – jerit panggil ahli keluarga yang ada dalam rumah. Dia orang pun lintang – pukang lari dapatkan dia sebab terkejut bila dengar dia menjerit kuat – kuat macam tu. Lepas tu kawan nia bagitahu dia orang yang dia memang tak nampak apa – apa langsung. Penglihatan dia hitam pekat ibarat bilik gelap yang takde lampu langsung tu.

Dia orang telefon ambulans dan bawak kawan nia pergi ke hospital. Sampai dekat hospital terus pegawai perubatan bawak dia masuk bilik kecemasan dan bila doktor periksa doktor cakap tekanan darah dia terlalu tinggi sebab tu penglihatan dia hilang. Doktor tanya dia sepanjang minggu tu tidur cukup ke tidak, ada minum ataupun makan apa.

Dia mengaku yang sepanjang minggu tu dia banyak berjaga malam dan tidur tak cukup tujuh jam sebab kerja banyak sangat. Lepas tu sarapan pagi hari tu, dia minum Nescafe O panas.

Doktor tu pesan tidur kena cukup sekurang – kurangnya lima sehingga enam jam. Lepas tu kena elakkan minum minuman yang berkafein tinggi macam Nescafe sebab minuman macam tu boleh menyebabkan tekanan darah tinggi naik.

Yang menjadi salah fahamnya bila dia cakap kat nia yang dia sekarang ada kat hospital sebab darah tinggi dia naik. Jadi nia pun ucap ‘innalillahi wa innailaihi rajiun’ sebab dah dengar berita sedih macam tu.


Terus dia marah nia, ‘Kau doakan aku mati?!

Terpaksalah nia terangkan pada dia bahawa ucapan tu bukannya khusus untuk orang yang meninggal dunia sahaja tetapi untuk setiap khabar buruk yang kita dengar, kita boleh ucapkan benda tu. Barulah dia faham dan minta maaf sebab tiba – tiba marah nia. Terus naik darah tinggi dia lepas dengar nia sebut ucapan tu. HAHA.

Kau orang pernah lalui situasi yang sama tak?



3 comments:

  1. Huh, nasib baik salah faham dah settle....

    ReplyDelete
  2. Bihar Police exam Result The candidates who have given the written exam for the constable post can check their result on the official website. The candidates who have cleared the written examination will have to attend the physical test examination. The admit card and date for the physical examination will be released soon on the official website of CSBC.

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)