Friday, March 16

DARI HATI: Cerita Di Sebalik Nama

Assalamualaikum semua :)

Ya Allah, Ya Tuhanku.

Banyak rupa – rupanya cerita yang masih lagi tertangguh untuk dikongsikan bersama dengan kau orang semua. Tadi bila godek – godek folder yang nia beri nama ‘Blog’ dalam komputer riba, selambak fail kat dalam tu. Penuh dengan pelbagai gambar dan cerita yang masih lagi menanti giliran untuk dituliskan ke dalam blog ni.

Apa nak jadilah dengan seketul Nia Emkay ni. Makin lama makin kelaut mood menulis dekat blog kesayangan ni. Nasib kau oranglah, terpaksa baca kisah – kisah basi yang dituliskan oleh nia ni. HAHAHA

Cerita basi boleh diampunkan lagi. Kalau makanan basi memang mencari mati. Ye dak?

Okey, berbalik kepada topik hari ni.

Untuk mereka yang masih lagi tak tahu, nama sebenar nia adalah Nurul Hawadah. Nama nia ni boleh dimasukkan ke dalam kategori nama yang paling unik sebab masa zaman persekolahan dulu, tak pernah langsung nia jumpa dengan pelajar yang mempunyai nama yang sama dengan nia.

Dahlah nak cari orang yang ada nama sama dengan nia payah, nak cari maksud nama nia tu pun payah jugak. T.T

Disebabkan rasa ingin tahu nia sangat membuak, jadi nia pun tanya abah kenapa abah letak nama nia Nurul Hawadah.

Masa nia lahir, arwah atuk cakap takde siapapun diantara cucu – cucu dia yang ambil nama mak dia iaitu Hawa. Jadi, bila arwah ibu dengar terus ibu cadangkan dekat abah untuk letak nama nia sebagai Hawa. Abah setuju dan abah tambahkan Nurul dekat depan nama nia, jadi Nurul Hawa.

Tapi bila disebut – sebut, ibu cakap nama tu terasa tak sesuai. Bila abah ubah jadi Nur Hawa, ibu cakap nama tu jadi lagi pelik. HAHA Pening jugaklah abah masa tu nak memikirkan nama pertama apa yang sesuai untuk diletakkan dekat nama nia tu.

Fikir punya fikir, abah terus dapat idea. Daripada Nurul Hawa, abah jadikan Nurul Hawadah. Perkataan ‘dah’ yang ditambah kat belakang Hawa tu mempunyai maksud yang sama dengan maksud Hawa iaitu yang hidup. Huruf dal dalam ‘dah’ bermaksud dalil manakala huruf ‘ha’ pula bermaksud ‘hidup’.

Bila abah bagitahu kat ibu tentang nama Nurul Hawadah tu, ibu jadi suka dengan nama tu sebab macam nama orang jepun. HAHAHA

Tapi baru – baru ni, abah ada jumpa satu laman web maksud nama – nama anak dalam islam. Kat dalam laman web, dia ada masukkan maksud nama Hawadah iaitu lemah lembut. Bila abah dapat tahu, terus abah bagitahu nia pasal maksud nama tu. Abah siap cakap, lain betul maksud yang abah mula – mula berikan dengan maksud yang sebenar.

HAHAHA


Takpelah, abah. Maksud nama tu tak penting sangat. Janji baik ertinya sudah.

Kau orang pulak macam mana? Apa cerita disebalik nama kau orang?

1 comment:

  1. Hehehe. Lemah lembut maksudnya ya. Hee. Main try and error nama tapi Alhamdulillah nasib baik nama ada maksud yang baik :)


    ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/penting-atau-tidak-crossline-di-ic.html

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.