DARI HATI: Nak Goyang Kaki, Jadi Bos!

Assalamualaikum semua :)

Bulan Januari yang lepas, ada empat orang pelajar daripada Cybernatics datang ke tadika untuk menjalani latihan praktikal mereka selama sebulan.

Adatlah.

Dah namanya pelajar praktikal kan? Mestilah dia orang datang ke tadika tu untuk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman yang sudah sedia ada untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi seorang guru tadika. Tapi nia berasa sangat tak puas hati dengan sikap beberapa orang pelajar praktikal tersebut.

Antaranya ialah dia orang langsung tak tolong jaga budak – budak semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Sibuk main telefon pintar masing – masing dan buat rancangan pengajaran harian (RPH).

Sedangkan dari awal lagi dah maklumkan dekat dia orang yang dia orang kena tolong guru kelas pantau budak – budak dan kawal mereka semasa sesi PDP sedang berjalan.

Tapi harammmmmmm.

Masa kelas tengah berjalan, masa tu jugaklah dia orang sibuk nak buat RPH.
Masa budak tengah perlukan kawalan, masa tu jugaklah dia orang nak cari bahan bantu mengajar untuk kelas petang nanti.

Menyirap je darah nia.

Itu satu hal.

Satu hal lagi, cara dia orang bersihkan baju pelajar yang terkena najis seperti kencing dan tahi.

Kat tadika, ada disediakan dua tiga biji baldi untuk kegunaan guru bagi tujuan merendam pakaian, mengemop lantai dan sebagainya. Tujuan pihak pengurusan sediakan banyak baldi supaya takdelah cikgu guna baldi kat dalam bilik air yang digunakan untuk menadah air.

Tapi bila budak praktikal datang, dia orang rendamnya baju budak – budak yang terkena najis dalam baldi yang kita orang guna untuk tadah air tu. Baju yang nak dicuci bersih cuma sehelai tapi air sampai satu baldi penuh. Membazir betul.

Patutnya tanyalah nak rendam baju budak – budak ni dalam baldi mana ataupun nak buat apa dengan baju budak yang terkena najis tu. Ini tidak. Main buat ikut suka hati dia orang je.
Lepas tu, sabun pulak melambak – lambak dalam baldi. Bukannya dia orang nak bersihkan balik baldi yang dah penuh dengan sabun tu. Biarkan je macam tu. Bila budak nak mandi waktu petang, dah takde air bersih nak digunakan. Puas nak kena tunggu air penuh dalam baldi baru boleh mandikan budak – budak.

Stress betul bekerja dengan orang yang tak tahu nak buat kerja tapi malas bertanya. Acah – acah semua benda dia reti buat sendiri. Kalau tak menyusahkan orang lain, takpe lagi. Ini tidak, buang masa orang je nak kena bersihkan benda yang dia tinggalkan.

HUH!!!

Siapa ada pengalaman bekerja dengan budak praktikal? Cuba kongsikan sedikit cerita kau orang dengan nia.

Senyum walaupun tengah marah, HAHAHA

1 comment:

  1. Kerala Public Service Commission (KPSC) has notified recruitment to 98 various posts. KPSC Tulsi login page for the recruitment will continue till December 6, 2017. Candidates, eligible for the recruitment, can submit their online applications at the official website of the Commission at.  The vacancies include Lab assistants (High school), Lab technician, Deputy Accounts Manager, Drawing teacher (High School), Nursery Teacher, Guard, Security Guard in Secretariat and PSC, and Farm Superintendent.

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)