Baru
– baru ni masa nia scroll Instagram,
nia ternampak snippet untuk drama My
Amazing Boyfriend Season 2. Dah beberapa babak juga nia tengok kat Instagram
dan nampak macam sedap jugaklah jalan ceritanya tapi tak tahulah kan. Sebab
biasanya snippet memang dia orang
akan potong dan tunjuk bahagian yang menarik je. Kalau tunjuk bahagian yang
bosan, macam mana nak tarik penonton.
Ye
dak?
* * *
* * *
* *
Tian
Jing Zhi merupakan seorang pelakon wanita yang selalu ditimpa nasib malang.
Nasib malang Tian Jing Zhi jadi semakin teruk apabila dia terlibat dalam sebuah
kemalangan jalanraya pada hari yang sama lamarannya ditolak oleh kekasihnya,
Xiao Yan, seorang anggota polis.
Walaupun
keretanya remuk dan dia terpelanting keluar daripada kereta namun Tian Jing Zhi
tidak mengalami apa – apa kecederaan langsung. Malahan, tubuhnya langsung tiada
calar – balar akibat terseret di jalanraya. Rupa – rupanya, pada hari
kemalangan tersebut Tian Jing Zhi telah diselamatkan oleh seorang lelaki
berkuasa luar biasa yang bernama Xue Ling Qiao.
Xue
Ling Qiao adalah seorang lelaki yang telah hidup selama 500 tahun di bumi. Dia
bukannya seorang makhluk asing ataupun makhluk jadian tetapi manusia biasa.
Satu hari, Xue Ling Qiao telah digigit oleh haiwan beracun dan hampir menemui
ajal. Tetapi dia berjaya diselamatkan oleh seorang tabib yang mencadangkan agar
dia meminum racun untuk mengeluarkan racun yang berada di dalam badannya.
Selepas
beberapa hari, dia kembali pulih tetapi Xue Ling Qiao dapat merasakan bahawa
keadaan dirinya telah berubah. Dia tidak lagi boleh memakan makanan fizikal
seperti nasi, roti dan sebagainya. Dia hanya boleh minum sahaja. Telinganya
juga begitu sensitif dan boleh mendengar suara daripada jauh.
Disebabkan
kuasa luar biasa yang dimiliki oleh Xue Ling Qiao, dia terpaksa menyembunyikan
identiti dirinya yang sebenar dan selalu hidup berpindah – randah. Ini kerana,
ramai manusia yang mahu mendapatkan darah Xue Ling Qiao bagi mendapatkan kuasa
luar biasanya yang lambat tua.
* * *
* * *
* *
Jujur
cakap, drama ni sangat straight forward
dan ringan. Sangat sesuai untuk kau orang binge
watching dengan keluarga masing – masing. Drama ni takde plot twist sangat dan jalan cerita dia
pun ringkas dan ringan je. Walaupun ringan itu tak bermakna drama ni tak
menarik okeyyyyy!
Sesiapa
yang minat drama bergenre komedi romantik, nia cadangkan kau orang tengok drama
ni. Dalam ketawa ada cemburu, dalam sedih ada terharu. Pendek kata, permainan
emosi memang ada dalam drama ni walaupun jalan cerita dia straight to the point.
Untuk
sesiapa yang dah jemu naik cemuih
tengok drama korea dan nak beralih arah tengok drama Taiwan, kau orang boleh
tengok drama ni.
Untuk
kau orang yang baru nak berjinak – jinak dengan drama Taiwan tapi tak tahu nak
tengok drama yang mana satu, kau orang boleh tengok drama ni.
Siapa
yang dah tengok drama ni, komen ‘done!’ kat bawah.
:)
Jumlah
Episod: 18
Rating:
5 / 5
Nota kaki: oh ya, ini merupakan drama
pertama lakonan Wu Qian yang nia tonton. Drama kedua dia ialah An Oriental
Odyssey. Nia dah pun buat review tentang drama tu, kalau kau orang terlepas
entry tu, jangan risau. Nia akan sediakan link kat bawah ni untuk kau orang
semua.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)