Assalamualaikum
semua :)
Selalunya
nia asyik review drama korea je kan? Okey, hari ni nia akan buat review
drama Taiwan pulak.
* * * * *
Selepas
berpisah dengan Xue Ling Qiao, Tian Jian Zhi mendapat tahu bahawa dirinya
mengandung. Kemudian dia mendapat tahu Xue Ling Qiao telah kembali dan tinggal
di rumah yang bertentangan dengan rumahnya.
Sangkanya
Xue Ling Qiao kembali kerana mahu bersamanya semula rupanya lelaki itu kembali
kerana mahu menyuruh Tian Jing Zhi menggugurkan kandungannya. Tian Jing Zhi
berasa marah dan tidak mahu berjumpa dengan Xue Ling Qiao lagi.
Sejak
dia mengandung, ramai orang mendekati dirinya dan mereka semua adalah manusia
luar biasa seperti Xue Ling Qiao?!
* * * * *
Drama
ni merupakan sambungan kepada drama My Amazing Boyfriend Season 1. Nia telahpun
menulis review drama tersebut tetapi kalau kau orang terlepas baca entry
tu, tekan je link yang nia dah sediakan kat bawah ni nanti.
Jujur
nia cakap, cerita kali ni agak membosankan berbanding dengan musim pertama.
Pada nia, cerita ni jadi bosan sebab terlalu banyak sangat konflik yang
tercetus antara puak manusia luar biasa.
Lepas
satu konflik selesai, satu konflik lain pulak muncul.
Lepas
satu konflik, satu konflik pulak.
Tapi
yelah, citarasa setiap orang berbeza. Mungkin pada nia membosankan tapi tidak
pada kau orang. Anyway, enjoy watching guys :)
Tahun:
2019
Jumlah
Episod: 38
Rating:
3 / 5
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)