Friday, July 17

DRAMA: A Gentlemen’s Dignity

Assalamualaikum semua :)

Kebiasaan untuk drama – drama korea banyak menceritakan kisah percintaan antara muda – mudi. Kalau ada pun percintaan antara dua orang yang berusia, kebiasaannya mereka bukanlah watak utama tetapi watak sampingan.

Jadi kali ni nia nak kongsikan satu review drama korea yang mengetengahkan kisah percintaan antara empat orang pemuda yang berusia 40 tahun. Dan, keempat – empat mereka merupakan watak utama drama tersebut dan bukannya watak sampingan.

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Kim Do Jin merupakan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang bernama Hwa Dam. Disebabkan dia mempunyai rupa paras menawan, duit yang banyak, syarikat yang berjaya jadi personalitinya kurang menyenangkan orang sekeliling kerana dia sangat cerewet dan sentiasa mahukan kesempurnaan dalam apa jua yang dilakukannya.

Im Tae San merupakan pengarah bersama syarikat Hwa Dam dengan Kim Do Jin. Berbeza dengan personaliti Kim Do Jin yang cerewet, Im Tae San merupakan seorang yang mudah didekati dan sangat mesra dengan orang lain. Dia juga meminati sukan bola lisut dan sangat menyayangi adik perempuannya iaitu Im Meah Ri.

Choi Yoon adalah seorang peguam. Dia merupakan seorang yang paling bijak dan sangat baik hati di antara keempat – empat mereka. Choi Yoon juga merupakan seorang duda yang telah kematian isterinya. Walaupun telah lima tahun bergelar seorang duda tetapi Choi Yoon masih lagi memakai cincin perkahwinannya dan tetap setia dengan mendiang isterinya.

Lee Jeong Rok, seorang pengusaha restoran dan juga kafe. Walaupun telah berkahwin dengan seorang wanita kaya yang jauh lebih berusia daripadanya, Lee Jeong Rok mempunyai personaliti yang suka mengayat dan mengorat mana – mana perempuan cantik di kafe dan restoran miliknya. Sungguhpun dia selalu berfoya – foya dengan perempuan lain tetapi dia tetap sayangkan isterinya dan tak sanggup mahu berpisah dengannya.

Kehidupan keempat – empat lelaki berusia 40 tahun ini bakal berubah apabila mereka bertemu wanita yang bakal menjadi pasangan hidup masing – masing.


*     *     *     *     *     *     *     *     *

Ini merupakan drama korea pertama nia tengok yang mengetengahkan golongan berusia pertengahan sebagai watak utamanya. Kebiasaan drama korea selalu ketengahkan kisah percintaan antara golongan remaja ataupun pelajar sekolah je sebagai watak utama. Tapi drama ni bukan.

So, one plus point for that matter!

Sekiranya kau orang selalu nak tahu macam mana orang yang dah berusia bercinta, silakan tengok drama ni.

Ataupun kalau kau orang nak lari kejap daripada melodrama muda – mudi, silakan tengok drama ni.

Nia bagitahu awal – awal dengan kau orang. Orang yang berusia ni kalau bercinta memang straight forward habis.

Suka, dia cakap suka.

Tak suka, dia cakap tak suka.

Nak, dia cakap nak.

Tak nak, dia cakap tak nak.

Takde nak kias – kias dan jaga hati pasangan masing – masing macam orang muda selalu buat. Sebab dia orang dah berusia dan berpengalaman. Jadi dia orang dah tahu, permainan tarik tali hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Yelah, orang tua kan? HAHA

Drama ni bukan kisah percintaan lelaki dan perempuan berusia semata – mata.

Drama ni turut menyelitkan elemen persahabatan dimana keempat – empat watak utama lelaki selalu bersama dan sering ada untuk sesama sendiri tidak kira di waktu senang mahupun susah.

Satu lagi elemen yang nia rasa menarik dalam drama ni ialah suami yang mengaku cintakan isteri tapi selalu berfoya – foya dengan perempuan lain. Kekerapan suami dia berfoya – foya tak dapat nak dibilang dengan jari weyh.

Sampaikan suami dia berjumpa dengan kawan pun, isteri dia dah tak percaya dan sangkakan suami dia menipu untuk jumpa dengan perempuan lain. Bila dah kerap sangat isteri dia buruk sangka dengan suami, isteri dia minta cerai sebab rasa macam dah takde perasaan sayang lagi untuk suami dia. Yang tinggal cumalah sangka buruk sahaja.

Jumlah Episod: 20
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.