Friday, August 28

DRAMA: My Amazing Boyfriend Season 2

Assalamualaikum semua :)

Selalunya nia asyik review drama korea je kan? Okey, hari ni nia akan buat review drama Taiwan pulak.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Selepas berpisah dengan Xue Ling Qiao, Tian Jian Zhi mendapat tahu bahawa dirinya mengandung. Kemudian dia mendapat tahu Xue Ling Qiao telah kembali dan tinggal di rumah yang bertentangan dengan rumahnya.

Sangkanya Xue Ling Qiao kembali kerana mahu bersamanya semula rupanya lelaki itu kembali kerana mahu menyuruh Tian Jing Zhi menggugurkan kandungannya. Tian Jing Zhi berasa marah dan tidak mahu berjumpa dengan Xue Ling Qiao lagi.

Sejak dia mengandung, ramai orang mendekati dirinya dan mereka semua adalah manusia luar biasa seperti Xue Ling Qiao?!


*                                   *                                   *                                   *                                  *

Drama ni merupakan sambungan kepada drama My Amazing Boyfriend Season 1. Nia telahpun menulis review drama tersebut tetapi kalau kau orang terlepas baca entry tu, tekan je link yang nia dah sediakan kat bawah ni nanti.

Jujur nia cakap, cerita kali ni agak membosankan berbanding dengan musim pertama. Pada nia, cerita ni jadi bosan sebab terlalu banyak sangat konflik yang tercetus antara puak manusia luar biasa.

Lepas satu konflik selesai, satu konflik lain pulak muncul.

Lepas satu konflik, satu konflik pulak.

Tapi yelah, citarasa setiap orang berbeza. Mungkin pada nia membosankan tapi tidak pada kau orang. Anyway, enjoy watching guys :)




Tahun: 2019
Jumlah Episod: 38
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.