Friday, September 4

MOVIE: The Borrower Arriety

Assalamualaikum semua :)

Kali ni nia nak buat review movie pulak, tajuknya The Borrower Arriety.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Arriety merupakan seorang gadis daripada spesis manusia kerdil. Dia dan keluarganya menjalani kehidupan seharian dengan meminjam beberapa barangan daripada manusia biasa tanpa pengetahuan mereka.

Arriety sekeluarga juga terpaksa hidup secara bersembunyi kerana identiti mereka sebagai manusia kerdil perlu dirahsiakan daripada pengetahuan dunia luar. Sekiranya identiti mereka terbongkar, sudah tentu dunia akan menjadi heboh.

Ketika Arriety mengikut ayahnya untuk melakukan aktivti meminjam barang buat pertama kalinya, identitinya diketahui oleh Sho. Apabila Arriety memberitahu ayahnya tentang perkara ini, ayahnya mengambil keputusan untuk berpindah daripada rumah tersebut dan memulakan kehidupan di tempat baru.



*                                   *                                   *                                   *                                  *

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi nia bagitahu siap – siap, The Borrower Arriety ni merupakan satu movie keluaran Studio Ghibli. Yes, it’s an animation.

Dalam movie ni, Sho dan keluarganya semua percaya dengan kewujudan manusia kerdil. Datuk Sho punya sayang dengan manusia kerdil sampaikan sanggup bina rumah mainan untuk mereka. Tapi mereka tak guna pun sebab takut identiti mereka terbongkar.

Salah satu pengajaran yang sangat terkesan di hati nia ialah ada orang boleh menikmati hidup masing – masing penuh dengan kemewahan tetapi kasih sayang antara keluarga tiada.

Yang lainnya pula terpaksa bersusah payah untuk meneruskan kehidupan tetapi kasih sayang antara keluarga sangat utuh. I’m sure everyone can relate with this, right?

Movie keluaran Studio Ghibli tak pernah menghampakan nia. Kalau kau orang tak pernah tengok lagi mana – mana movie keluaran Studio Ghibli, cubalah tengok The Borrower Arriety ni.


Tahun: 2010
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

3 comments:

  1. Macam bestt je! Kena tengok ni sebab dah lama betul tak tengok animation hihi

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.