Friday, September 25

KEHIDUPAN: Denial 145, Apa Nak Buat Ni?!

Assalamualaikum semua :)

Masih ada lagi ke di kalangan pembaca blog nia ni yang tak reti nak menggunakan mesin ATM, CDM mahupun Cheque Deposit?

Nia pasti rata – rata pembaca blog nia ni tahu dan mahir nak menggunakan mesin – mesin tersebut. Tambahan lagi generasi – generasi muda.

Ada hari tu nia pergi bank untuk masukkan duit, nia ternampak seorang remaja ni masukkan nombor akaun bank dekat CDM. Bukan main laju lagi jari jemari dia menekan butang – butang tu semua. Elok pulak tak tersalah masukkan nombor. Kalau nia buat laju – laju macam tu, mesti tersalah masukkan nombor akhirnya.

Itu petanda dah tua ke?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Ceritanya hari ni adalah mengenai DENIAL 145.

Hari tu nia masukkan duit melalui CDM dekat BSN cawangan Ampang Point. Prosesya macam biasa. Pilih menu yang berkaitan, masukkan nombor akaun, sahkan maklumat akaun dan masukkan duit ke dalam slot.

Semasa proses pengiraan jumlah duit sedang berjalan, nia perasan pergerakan mesin agak lambat daripada biasa. Dalam hati sudah berkata, jangan ada apa – apa masalah terjadi sudahlah. Sekali dekat skrin terpapar,

Harap maaf, urusan anda tidak berjaya.

Tapi ada resit dikeluarkan oleh mesin.

Dan dekat resit tu ada tertulis Denial 145. Nia ada ambil gambar resit tu tapi tak berapa terang pulak gambarnya.



Jadi, apa nak buat sekarang ni?

1 – Jangan panik

Jangan panik.

Jangan gelabah.

Jangan keluar daripada bank tu lagi.

Tengok dulu dekat slot masukkan duit tadi, ada tak duit dikeluarkan balik. Kalau ada, tolong ambil dulu duit tu. Kalau takde, jangan panik.

2 – Telefon bank

Tengok dekat dinding berdekatan dengan mesin ATM / CDM tu, ada tak disediakan telefon untuk digunakan para pelanggan bagi tujuan menelefon perkhidmatan pelanggan bank berkenaan.

Kalau takde, guna telefon kau orang untuk telefon bank.

Kalau takde kredit?

Maka termenunglah kamu di situ sampai kredit telefon penuh.

BAHAHAHAHAHAHAHAH

Okay, back to the topic.

Mana nak dapat nombor telefon bank?

Jangan risau.

Pihak bank daripada dulu lagi dah tahu takde seorang pun pelanggan dia orang yang akan simpan nombor bank, jadi dia orang dah letakkan nombor telefon bank sesiap kat belakang kad debit semua pelanggan.

Just flip your bank card and voila! There it is, your beloved bank’s number

3 – Pergi bank

Kalau kau orang sejenis yang tak suka berurusan melalui panggilan telefon seperti seketul nia, kau orang boleh datang semua ke cawangan bank yang sama dan buat aduan dekat kaunter.

Pastikan kau orang pergi dekat cawangan bank yang sama dengan mesin CDM yang telah menelan duit kau orang tadi tau. Sebab nanti pegawai dia nak kira duit, nak pastikan samada kes kau orang sebenarnya tulen ataupun palsu.

HAHAHAHAHAHAHAH

Semasa kau orang jumpa pegawai dekat kaunter tu, tunjukkan sekali resit yang dikeluarkan mesin CDM tu supaya dia orang boleh tahu situasi dengan lebih jelas. Dan kalau boleh, tolong ingat sekali jumlah duit yang kau orang masukkan ke dalam CDM.

4 – Isi borang

Selesai mendengar rintihan kau orang, pegawai bank akan memberikan satu borang untuk kau orang semua isi. Segala proses termasuk penyiasatan kes akan mengambil masa sekurang – kurangnya 14 hari ataupun dalam tempoh 2 minggu hari bekerja.



Kalau lebih daripada tempoh yang diberikan masih takde lagi duit yang hilang tu dalam akaun kau orang, sila rujuk kepada pihak bank sekali lagi.

Jadi lepas ni, jangan terlalu teruja sangat nak masukkan duit dalam akaun bank tau. Silap – silap jadi macam kes nia ni.

Wuuuuuuuuuuuuuuu

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.